December 10, 2010

Menasik Haji 2: Wukuf Di Arafah

Saya telah berada dalam khemah di Arafah lebih kurang pada 10.50am,8 Zulhijjah.

Suasana dikhemah Arafah.
(Click pd gambar utk image yang lebih besar)


Saya agak bertuah kerana dapat sama khemah dgn Datuk Hassan Mahmud AlHafiz (duduk tengah)Mudir proram Imam Muda terbitan Astro. Program Wukuf di Arafah yang cuba di buat oleh Astro gagal kerana tidak mendapat kelulusan pihak Saudi. Bagaimana pun Datuk meneruskan juga sebahagian dari program termasuk mendalami cara membaca surah Al Fatehah yang betul.


Tak ada apa yang istimewanya pada khemah pasang siap ini.Perhatikan bahawa pokok telah tumbuh dan besar di Arafah.Menurut cerita, pokok semambu ini berasal dari Indonesia dan di bawa ke Saudi semasa Malek Adam menjadi Menteri Luar Indonesia




9 Zulhijjah 1431H Jam 12.08pm waktu gelincir matahari..azan dilaungkan tanda dah masuk waktu Zohor. Syukur Alhamdulillah, selesai rukun Haji yang ke2.Khutbah Arafah di baca dan selepas solat Zohor kami berwirid dan Doa Arafah di baca.Selepas waktu Asar,ketika cahaya matahari mula kelam jemaah berdoa secara individu.

Inilah tempat dan saat yang paling Mustajab untuk menghadap kiblat menadah tangan berdoa meminta apa sahaja dari Allah yang maha pengasih. Ruang waktu teristimewa ini amat singkat dan datang cuma setahun sekali di bumi barakah ini.

Masih saya ingat sebahagian dari apa yang saya mohon....bagi diri,ahli keluarga jauh dan dekat dan juga kawan2.

Perkenankanlah Ya Allah.

No comments:

Post a Comment