December 29, 2010

Kuliah 26/12/2010: Perjalanan Rabbani

Prof Dr. Musa Fathullah menyentuh tentang banyak perkara. Saya tertarik dengan persoalan Solat Rawatib. Seperti yang kita maklum Solat Qabliah Subuh adalah sunat Muakkad yang sangat di tuntut dan kita dirikan selepas azan dilaungkan.

Menjawab satu soalan, Prof menyatakan sekiranya kita tiba di masjid dan azan telah dilaungkan maka kita boleh jamak solat Tahyatul Masjid dengan solat Qabliah Subuh. Hatta kita masih boleh menunaikan Solat tersebut selepas Solat Subuh berjamaah asal saja ia didirikan dalam waktu.

Sekadar berkongsi.Saya beristigfar kepada Allah SWT dan mohon maaf kepada sesiapa saja yang membaca sekiranya ada yang tersilap.

No comments:

Post a Comment