August 26, 2010

Jom Berbuka Kat Surau

Hari ini jamuan berbuka puasa di surau adalah sumbangan Kelab Tadarus Madaniah (KTM)dan Associates. Menu hari ini agak special sket....Beriani Gam lauk kambing dan ayam.

Penyumbang telah memileh untuk memasak sendiri jamuan hari ini secara gotong royong. Seorang chef dengan dua pembantu di datangkan khas dari Batu Pahat Johor untuk mengetuai aktiviti ini.

Sebelum Solat Zohor tadi ....semua berjalan agak lancar.

Jom berbuka kat surau.

August 19, 2010

Gerai-Gerai Ramadan

Ada orang langsung tak, ada yang sekali sekala dan juga yang tiap-tiap petang pergi shopping kuih dan lauk di gerai Ramadan. Anda dalam kategori mana?.

Bagi anak Kariah Al Madaniah ada beberapa gerai Ramadan sekitar 5 Km dari Surau Al Madaniah.Cuba pergi ke USJ 4, USJ 7, Pasar Puchong dan di Alam Megah. Harga di Alam Megah dan Pasar Puchong adalah 25% lebih murah dari USJ 4 dan USJ 7.

Suasana di USJ 4 terlalu sesak dan tak baik untuk mata. Pelangan yang datang dari pelbagai bangsa dan ramai yang tak menutup aurat.

Dua hari yang lepas saya pergi gerai Ramadan Alam Megah. Ada banyak gerai dan ramai pelanggan. Malang hujan turun dengan lebat. Saya jumpa Sdr Mokhtar dan Dato' Mus ynag separa kuyup dek hujan. Nasib baik dia dapat apa yang dia nak.... kecuali hati lembu masak kari pekat.

Kesian... saya belum berkesempatan tanya Dato' samada dah dapat beli atau belum.

Ada juga yang mengidam lauk gerai Ramadan!! .. ha ha

August 18, 2010

Surau Dapat Sumbangan Dua Buah Aircon Split Unit 2HP

Seorang hamba Allah ahli kariah telah bermurah hati menderma dua unit aircon 2 HP. Kedua dua unit tersebut di pasang di bahagian belakang ruang solat utama dan mula di gunakan malam tadi bermula sewaktu solat Maghrib. Suasana menjadi lebih nyaman dari malam malam sebelum ini tambahan pula cuaca yang sudahpun dingin sebab hujan turun sepanjang petang.

Kalau tak silap kiraan saya ruang solat utama kita sekarang dah punya 7 aircon dengan jumlah 15HP. Sepatutnya, walau dalam keadaan cuaca panas tiada masalah nak mengekalkan suhu pada sekitar 22-24 Celcius. Namun penggunaan yang berhemah dan kerjasama semua ahli Kariah perlu dalam mempastikan semua pintu di tutup.

Caranya mudah sahaja.....kita tutup pintu selepas kita masuk ke ruang solat utama.

Kita mengucapkan terimakasih kepada penyumbang dan berdoa semoga beliau serta keluarga sentiasa di rahmati dan di berkati Allah SWT.

August 17, 2010

Selamat Hari Jadi Tuan Haji

Apa keberangkalian harijadi anda jatuh pada bulan Ramadan Al Mubarak.Kalau tak tahun ni pun... pada tahun tahun akan datang??.

Selamat Harijadi Tuan Haji Zamri Salleh ketua Biro Kebajikan Surau Al Madaniah. Hari jadi beliau yang kexx jatuh pada hari semalam 5hb Ramadan 1431H/16hb Ogos 2010.

What better way to celebrate other than dengan menjamu ahli kariah berbuka puasa dan morey. Terima kasih atas jamuan.....sedap sehingga mencari lauk dan nasi tambah. haha

Kita doakan semoga beliau dan keluarga mendapat rahmat, panjang umur dalam keimanan serta dimurah rezeki oleh Allah SWT.

August 13, 2010

Keselamatan Kenderaan Sewaktu Solat Terawih

Keselamatan Kenderaan Tuan Puan adalah keutamaan JK Surau.
Tahun ini Jk Surau melalui Biro Keselamatan dan Keceriaan di bawah Sdr. Hilmi telah menyediakan tiga orang parking attendents cum pengawal keselamatan. Kawasan surau adalah off limit pada semua kenderaan. Kawasan tempat letak kereta utama lebih terang setelah pihak DIGI membaiki lampu di menara

Ahli jemaah di nasehatkan meletak kereta di Kawasan tempat letak kereta utama dimana dua orang pengawal sentiasa berkawal 7-11 pm setiap malam. Kawasan luar berhampiran kawasan rumah kedai juga dikawal. Walau bagaimana pun kawasan ini mengikut pengalaman saya adalah kurang selamat. Tahun lepas ada dua kejadian pecah cermin kereta di situ.

Kadang terfikir juga kenapalah pencuri ni target kereta orang yang nak beribadat?

Jom Bermoto Antik

Sejak beberapa hari ni waktu solat subuh ada banyak kereta kat surau . Parking kat kawasan surau tak cukup dan ramai yang park kat main parking area kat luar. Malas nak terlanggak-langgak cari parking (dtg lambat itu la pasal) saya naik motorsikal (moto).Saya perhati ramai juga yang kesurau waktu solat subuh naik moto.

Pagi ni Sdr Mokhtar panggil saya mintak tolong cari Honda C70 cc model lama. Jepun panggil model passport.Saya rasa model ni tak susah sangat nak cari. Lampu depan dan lampu signal bulat sama dengan yang Tuan OCPD Malek guna sekarang. Model yang ni

http://en.wikipedia.org/wiki/Honda_C70

Saya ada motor antik 50 cc model C100. Agak tua juga registered 1961 no plat AD22xx. Model yang ni

http://en.wikipedia.org/wiki/Honda_Super_Cub

Dah dua tahun moto ni tak jalan. Hari ni Mokhtar nak tolong hantar workshop. Naik lori pick up hantar kat Puchong...timbal balas saya tolong carikan dia Honda passpot tu..Ha ha

Insya Allah lepas raya ni akan ada beberapa moto Honda antik kat Surau Al Madaniah. Mana tahu kita boleh tubuh Kelab Moto Antik Al Madaniah (KMAA).Ada yang minat nak join??

August 12, 2010

We aim to please and request you to aim too...please

Projek naik taraf surau yang baru selesai melibatkan penambahan 2 buah tandas jenis duduk dan sebuah bilek mandi. In total kita ada:
- dua tandas cangkung
- dua tandas jenis duduk
- sebuah bilek mandi

Saya dah berkesempatan mengguna tandas baru ni.... selesa siap dengan downlight dan ventilation fan.Kita berharap sangat supaya dapat sama sama menjaga kebersihan tandas ini. Kalau kita biasa guna tandas jenis mencangkung jangan lah guna tandas duduk seperti cara kita guna jenis tandas mencangkung!!haha.

Satu lagi jangan lupa atau buat-buat lupa tanggal kasut atau silipar. Tolonglah guna silipar jepun atau terompah yang di sediakan.

Ada cadangan lain (yang praktikal, do able dan cost effective) supaya tandas surau ni sentiasa bersih???

August 11, 2010

Berkenalan Dengan Imam Hafiz Surau Al Madaniah

Kita ada dua orang Imam Hafiz untuk memimpin kita Solat Tarawih sepanjang bulan Ramadan ini. Mereka telah tiba pada hari Ahad yang 8/8/10 yang lepas.

Ustaz Hafizun Bin Husin berasal dari Cendering Kuala Terengganu sementara Ustaz AlifAzri Bin Husni pula berasal dari Pasir Mas Kelantan.

Kedua dua imam muda ini adalah lepasan Sekolah Tahfiz Kubang Bujuk Terengganu. Imam Resident kita, Ustaz Syukri juga adalah dari sekolah Tahfiz yang sama.....kira junior/senior la ni.

Mari lah kita sama sama memberikan kerjasama sepanjang masa sebulan mereka bertugas di surau Al Madaniah

Sumbangan 3 : Untuk Jamuan Persediaan Bersahur

Surau Al Madaniah akan mengadakan program Qiamullail pada 10 hari terakhir Ramadan ( 21-30 Ramadan). Program tersebut akan di susuli oleh jamuan Bersahur untuk persedian berpuasa pada ke esokan harinya.

Kita meanggarkan seramai 50-70 jemaah akan turut serta dalam program ini. Kos jamuan Bersahur ini adalah RM 600 setiap malam.Seperti tahun tahun yang lepas kita memberi peluang kepada peserta Qiamullail dan juga ahli Kariah untuk turut menyumbang membiayai kos ini.

Sumbangan boleh di buat secara Penaja Tunggal RM 600 atau pun secara bersama dengan satu bahagian sebanyak RM 100

Borang telah sedia di papan kenyataan surau. Sesiapa yang ada niat nak menyumbang jangan tanguh tanguh tanguh.(- .....terus berhubung dengan Biro Ekonomi Hj Akiah 012 3303456 atau saya sendiri no HP 012 3730760.

Bacaan Tahlil Arwah

Daripada Abu Hurairah R.A telah bersabda Baginda Rasullullah S.A.W:

" Apabila sesaorang meninggal dunia, maka pahala dari amalannya telah terputus tetapi, ada tiga perkara yang menyebabkan pahalanya tidak terputus.
1. Sedekah Jariah
2. Ilmu yang bermanafaat yang di ajarkan kepada orang lain
3. Anak yang Soleh yang mendoakan kebaikan untuknya "

Sesuai dengan di atas Surau Al Madaniah akan mengadakan program bacaan tahlil arwah setiap hari sepanjang bulan Ramadan al mubarak ini. Pada masa ini, bacaan tahlil akan di buat setiap hari bermula pada jam 6.50 pm sepanjang bulan Ramadan bagi Almarhum/ Almarhumah :

1. Hj Nordin bin Bachik
2. Hj Mohd Shariff Bin Esa
3. Hajjah Halimah Bt Ahmad
4. Mohd Hani Bin Mohd Adnan
5. Hj Bachik Bin Awang
6. Hj Mohd Idris Bin Matsil
7. Hajjah Hasnah Bt Abdullah
8. Hjh Amirni Amir Hussin
9. Hj Jaafar Yunus
10. Hajjah Leha Bt Mat Akim
11. Hj Othman Bin Sulaiman
12. Hajah Mariam Binti Mohd Nor
13. Nor Bin Jaafar
14. Mohamaed Yusoff Bin Sakharai Rawter
15. Zubaidah Binti Husin
16. Abd Kadir Bin Shakkarai Rawther
17. Zainab Binti Seeni Rawther
18. Shakkarai Rawter Bin Kadir
19. Abdul Gunny Bin Abdullah
20. Sarani Bin Anang
21. Masnah Binti Mokhtar
22. Sharifuddin Bin Amir
23. Raja Alimah Binti Anis
24. Esah Binti Abdullah
25. Maarof Bin Adam
26. Raja abdul Rahman Bin Osman
27. Raja Osman Bin Basok
28. Alimah Binti Mahmood
29. Khalid Bin Abd Rahman
30. Syed Ahmad Bin Syed Ali
31. Abd Rahman
32. Hj Mohd Noor Bin Mohd Akib
33. Hjh Rahmah Binti Abdullah
34. Hj Razali Bin Mohd Akib
35. Hjh Siti Aishah
36. Mansor Bin Sanji
37. Abd Manf Binti Ismail
38. Semah Binti Masoh
39. Hj Mohd Yusof Bin Biru
40. Hajah Esah Bibi
41. Haji Mir Alam
42. Hj Biru
43. Hjh Ayamteh Bibi
44. Hj Fazal Mohd
45. Hjh Syarifah Bibi
46. Farjanth Ali
47. Niaz Ali
48. Yusof
49. Faridah Bibi
50. Nagoor Pitchay
51. Nagoor Meerah
52. Hj Mohamed Abu Bakar
53. Almarhumah Ponbathu
54. Almarhumah Fatimah
55. Hj Mohd Shamduddin Bin Ibrahim
56. Hj Osman
57. Mohd Ghouse
58. Asmanai Bin Mahmood
59. Nezrill Remmy Ng Bin Muhd Husaini Ng
60. Nur Diana Binti Muhd Husaini Ng
61. Hairunnisah Beevi
62. Daulath Nisah Beevi



Sesiapa yang ingin turut serta menghadiahkan tahlil dan doa arwah boleh lah untuk arwah saudara mara yang telah pergibolehlah berhubung dengan Biro Dana Ramadan 1431H

Semoga Allah mencucuri Rahmat kepada roh Allahyarham/Allahyarhumah di alam Barzah