January 23, 2011

Umrah & Ziarah Kariah Surau AlMadaniah

Ramai yang bertanya kenapa tidak kita anjurkan Umrah secara bersama agar lebih meriah dan dapat mengukuhkan ukhwah melalui ibadat secara berjemaah. Atas unjuran ini Hj Mokhtar Endan dan saya telah membuat inisiatif berhubung dgn Syarikat Zahafiz Travel S/B berbincang dan akhirnya kita telah buat 'block booking' untuk 40 orang jemaah. Perincian adalah seperti berikut:

Tarikh bertolak :25/3/2011
Tarikh Pulang : 7/04/2011
( 12 hari 10 malam)
Penerbangan :Saudi Air dari KLIA terus ke Madinah
Hotel di Madinah: Wasil Al Reem (80 meter dgn Masjid Nabawi)
Hotel di Mekah :Rawasi Mis Falah (150 meter dari Masjidil Haram)
Kos : RM 4980 untuk 4 orang sebilek dan RM5480 utk dua orang sebilek.
(termasuk tambang kapalterbang,makan dan penginapan)

Layari :www.zahafiz.com

Kita juga akan bersama Imam SAM, Utz Syukri untuk umrah ini. Kemungkinan kita isikan masa dengan program Ilmu bersama Uztaz Syukri selain dari program tetap yang dianjurkan oleh pihak Zahafiz Travels S/B.

Sila berhubung dgn Hj. Mokhtar atau saya sendiri sebelum 31/01/2011,sekiranya berminat untuk turut serta.InsyaAllah, Hj Mokhtar akan turut serta. Saya....untuk trip ini saya sekadar menolong menjayakan.

January 20, 2011

Majlis Bacaan Yassin, Tahlil Dan Doa Selamat

Surah Yassin bagai hati AlQuran yang menjana kelebihan dan keistimewaan bagi orang yang membacanya. Bila sesaorang membaca Surah Yassin dgnikhlas kerana mengharap redha Allah SWT untuk kampung akhirat, maka berguguran dosa2nya kerana memperoleh keampunan dan rahmat dariNya.

Namun, amalan membaca Surah Yassin pada malam Jumaat secara beramai2 mengundang kontraversi yang tidak pernah padam. Di Surau AlMadaniah(SAM), kita mengambil pendekatan meneruskan amalan ini pada setiap malam Jumaat. Manakala, pada setiap pagi Jumaat kita membaca surah Al-Kahfi secara beramai2 dan tadarus Al AQuran setiap pagi yang tidak ada kuliah subuh. Jadi jemaah berpeluang untuk datang bersama2 mengimarahkan rumah Allah ini.




Seperti biasa program malam Jumaat di SAM adalah Majlis Bacaan Yassin. Jamuan malam tadi di taja oleh Jemaah2 Haji dari kariah SAM utk tahun 1431H. Meriah juga dengan kehadiran lebihkurang 160 orang Jemaah.Maaf gambar tak berapa cantik mungkin tangan dah ketar sket!.


Imam Syukri memimpin bacaan, berasal dari Kelantan dan dah hampir dua tahun dengan kita


Senyum Hj. Zainal & Azam. Kalau ada pertandingan mengingat nama jemaah,Hj Zainal ni akan menang hands down. Sebenarnya, amat elok kalu kita dapat berbuat demikian sebagai menghormati sahabat.


Antara yang hadir.




Golfers AlMadaniah


Dari satu keluarga. Alhamdulillah.


Remaja



Kanak-kanak



Buffet dinner





Muslimat SAM

Manisan dari Mekah/Madinah


Rezeki dari Allah SWT. Syukur Alhamdulillah. Yes....Agak heavy untuk makan malam




Dari Dapur Al Madaniah. Terimakasih pada Tuan2.

January 15, 2011

Gangguan Iblis Semasa Mendirikan Solat

Berat tajuk ni dan biasanya cuma uztaz/imam je yang ulas. Ini pula dari perspective saya sebagai ahli kariah/jemaah.

Iblis akan sentiasa menggangu kita supaya tidak mendirikan solat dan/atau menggangu sehingga solat sesaorang itu kurang sempurna.

Antara gangguan Iblis adalah dengan mendatangkan perasaan was2 ketika melakukan lafaz niat semasa takbiratul ihram sehingga sesaorang itu berasa ragu2 apakah lafaz niat takbiratul ihram yang dilakukan itu sempurna atau tidak. Ini membuatkan dia mengulangi lagi lafaz hingga berkali2. Seterusnya, Iblis menggangu sehingga sesaorang itu lupa jumlah rakaat yang dikerjakan.

Menyentuh perkara diatas Datuk Kamaruddin Zakaria bekas Imam Besar Masjid Negara,semasa ceramahnya di Surau SAM bertajuk 'Hebatnya Keluarga Ini (Disember 2010)' menkategorikan orang yang membuat lafaz niat takbiratul Ihram berkali2 sebagai seorang yang kurang hebat. Beliau menyarankan supaya kita mesti memperkuatkan diri dari diganggu Iblis supaya kita mudah semasa mendirikan solat.

Di baahagian akhir klip video ini pula,Utz Wan Shohor Bani Leman menyentuh tentang niat dan lafaz niat solat serta kaitannya dengan solat yang khyusuk.


Ada juga dikalangan kita yang berpendapat bahawa menghadirkan niat dalam hati untuk solat itu di buat lebih awal lagi dan tidak perlu di buat bersekali dengan lafaz takbiratulihram. Ini pendapat yang agak baru bagi saya dan saya belum dapat nak ikut.

Dikuliah mingguan pada 13Jan 2011 yang lepas, Ustaz Salleh Saad Imam masjid Putrajaya menyarankan kita bersolat berjamaah di surau atau masjid agar kita menjadi lebih khyusuk semasa mendirikan solat selain dari ganjaran 27x solat bersendirian. Ini saya sangat bersetuju.

Sekadar catatan yg ingin saya kongsi mengenai perkara ini yang saya kutip semasa menghadiri majlis ilmu di SAM. Saya beristigfar kepada Allah SWT dan mohon maaf kepada sesiapa saja yang membaca sekiranya ada yang tersilap.

January 10, 2011

Anak

Klip di bawah cukup menarik untuk dibincangkan, siapa yang bersalah?. Ayah yang terlalu memanjakan anak atau anak yang menyalahgunakan kasih sayang?.




Lagu evergreen Freddie Aguilar -- Anak
Ada orang boleh menangis dengar lagu ni.

January 09, 2011

Jamuan

Selepas majlis selesai semua tetamu telah di jamu dengan jamuan yang menyelerakan


Terimakasih juga kepada Mr Shariff yang telah menyumbang goodies untuk anak yatim dan miskin. And not to forget the tasty bubur kacang!!.



Set up by Hj. Mokhtar. Suasana yang tenang bersama jemaah....berselera kita makan

Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Anak Yatim Serta Pelajar Miskin 2011

Syukur Alhmdulillah majlis penyampaian sumbangan Amal kepada Anak Yatim dan Miskin telah selamat di adakan pagi tadi. Seramai 49 (senarai ada diblog ppigolf) murid dari kalangan anak yatim dan dari keluarga miskin telah menerima sumbangan. Dana adalah dari kutipan lansung oleh pihak surau serta dana dari aktiviti Golf Amal PERSATUAN PENDUDUK ISLAM USJ 16-27 yang di buat pada 21December yang lepas


Antara muka2 ceria menerima sumbangan tulus anda!



Bergambar ramai sejurus selepas majlis

Boleh.

InsyaAllah...

..giliran kamu pula meneruskan membuat aktiviti amal seperti ini.

...dan bila kamu dewasa nanti...

Kami doakan semoga kamu berjaya

Belajar rajin2 nak ooi...belanja duit ni pada perkara yang berfaedah.


Pengerusi SAM,Hj Wan

Hj Zul sbg Emcee. Majlis bermula jam 9.05 AM


Antara yang hadir



Sejuk aircon surau pagi ini

Mengambil tempat duduk di dalam Surau.Hj Othman jadi facilitator

F&B dept

8.30AM pendaftaran bermula. Hj Saadon di kaunter Pendaftaran.

January 05, 2011

Perbahasan Rawatib Ghairu Muakkad Qabliyyah Sebelum Maghrib

Di Negeri Selangor, kebanyakan masjid memberi ruang lebih kurang 5 minit antara azan Maghrib dan Iqamah. Kita akan dapati diruang waktu 5 minit itu ada sebahagian jemaah bersolat 2 rakaat dan ada juga yang tidak. Apa pun kedua2nya ada asas. Berikut adalah penerangan yang saya dapat dari search internet. Prof Dr. Musa Fathullah, pada kuliah subuh yang lepas juga ada memberi penerangan yang membawa maksud yang sama.

Sekadar berkongsi. Saya beristigfar kepada Allah SWT dan mohon maaf kepada sesiapa saja yang membaca sekiranya ada yang tersilap. ..YSA

Ulama berselisih pendapat mengenai solat 2 rakaat sebelum Maghrib. Ada ulama yang mengatakan bahawa tiada ada solat sunat sebelum solat fardu Maghrib. Ini diasaskan kepada larangan bahawa tidak ada pendirian solat selepas menunaikan fardu Asar sehingga masuk waktu Maghrib.

Ada ulama membolehkan solat Ghairu Muakkad Qabliyyah Sebelum Maghrib ini, berasaskan dalil berikut : Dari Abdullah bin Mughaffal Ra. ia berkata: Nabi SAW bersabda, “Di antara azan dan iqamah ada solat, di antara azan dan iqamah ada solat (kemudian di kali ketiga beliau berkata:) bagi siapa yang mau.” Beliau takut hal tersebut dijadikan oleh orang-orang sebagai keharusan. (Bukhari dan Muslim)

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Abdullah bin Mughaffal r.a. bahawa dia berkata, Nabi s.a.w bersabda; " Di antara azan dan iqamah itu ada sembahyang bagi sesiapa yang hendak melakukannya. Baginda s.a.w mengulanginya tiga kali."

Dan dalam riwayat Abu Daud, “Solatlah kalian sebelum Maghrib dua rakaat.” Kemudian beliau bersabda, “Solatlah kalian sebelum Maghrib dua rakaat bagi yang mahu.” Beliau takut orang-orang akan menjadikannya solat sunnah. (Abu Daud)

Ada juga ulama yang berpendapat bahawa solat Qabliyyah Maghrib itu hukumnya tidak sunat. Di antara ulama yang berpendapat demikian adalah Imam Malik (pengasas mazhab Maliki). Bahkan ulama seperti Imam An-Nukha'i berpendapat bahawa solat Qabliyyah Maghrib itu bid'ah (baca kitab Syarah Sahih Muslim, Juz VI, halaman 123; dan kitab Nailul Authar, Juz I, halaman 407) Mereka berpendapat demikian, berdalil kepada sebuah hadis riwayat Ibnu Umar di bawah ini : Dari Thawus, ia berkata, "Ibnu Umar pernah ditanya tentang solat dua rakaat sebelum Maghrib. Beliau menjawab, "Saya tidak melihat seorangpun pada masa Rasulullah Saw. yang melakukannya. (Riwayat Abu Dawud; Kitab Sunan Abu Dawud, Juz II, halaman 26)

Majlis Penyampaian Hadiah

Majlis penyampaian hadiah telah di adakan pada malam hari yang sama selepas solat Isyak.




Empat dari enam pemain AlMadaniah 2 hadir pada majlis tsbt. Gambar di atas pemain2 bersama Nazir MAF,Dato' Syed Zainal.

January 02, 2011

The Celebration

Pemain dan penyokong di jamu di Restoran D'Arab di sponsor sepenuhnya oleh Hj. Nik Hassan. Semoga Allah merahmati beliau dengan rezki bertambah ruah dan kesihatan yang berpanjangan.

minuman

Kambing kabsah


Pengerusi SAM, HjWan mengucapkan tahniah kepada pemain dan AJK yang terlibat. Terimakasih pada penaja jamuan juga kepada MAF yang menganjurkan pertandingan. Kita kena rancang apa nak buat lepas ni

Hj. Mokhtar jadi MC. Banyak yang ada dalam kotak fikiran Hj ni untuk sukan bolasepak.Dia dah sponsor jersey pasukan. Kita tunggu dan lihat. Mungkin dia dah boring asyik jaga portfolio F&B surau.Ha ha


Tunggu makanan& minuman




Senyum penaja jamuan

Perlawanan Akhir

Kita lawan pasukan AlHijrah 2 dalam perlawanan akhir dan menang 3-0.


Dua pasukan yang layak keperlawanan akhir bergambar ramai sebelum perlawanan

January 01, 2011

.....Dan perlawanan Pun Bermula

Pasukan AlMadaniah 1 dan 3 kandas diperingkat kumpulan dan Q-Final.Tinggal AlMadaniah 2 meneruskan cabaran. Perlawanan S-Final melawan Al Falah 4 berkesudahan dengan seri 0-0.Penentuan melalui tendangan Penalti. Kita menang 3-2.Hooray!


Baru masuk final.... seronoknya macam dah jadi juara


Seronok betul Hj Nik Hassan dan dia adalah antara yang mula2 mengucapkan tahniah pada goal keeper AlMadaniah2 kerana berjaya menampan dua tendangan penalti pasukan AlFalah 4 seterusnya membawa pasukan ke perlawanan akhir.


Berdebar2 jantung.
Berkali2 juruacara pertandingan mengingatkan debaran tendangan penalti bukan untuk org yang lemah jantung. Ada juga benarnya.



Oppps....satu tendangan ALmadaniah melewati palang gol.Lionel Messi pun ada miss penalty...apa ada hal





Skuad AlFalah 4. Kuat pasukan ini. Pada peringkat kumpulan seri 1-1 dengan AlMadaniah 2. Memang ada asas mereka membantah bertemu lagi pada peringkat S-Final. Pada pendapat kedua2 pasukan mereka sepatutnya bertemu pasukan lain pada peringkat S-Final.




Skuad Madaniah 2