February 23, 2011

Hebatnya AlQuran

Saya tertarik dengan satu email yang saya terima dari seorang kawan.Mungkin Tuan/Puan juga pernah menerima email yang sama yang telah lama berputar di alam maya. Isinya mengenai kajian mengenai keagongan AlQuran yang mana dengan pemahamannya dapat memantapkan iman kita. Artikel tersebut adalah satu kajian saintific oleh Dr. Mohammed Al -Suwaidan seorang pendakwah berbangsa Kuwait. Saya cari biodatanya di internet...ternyata ia seorang yang hebat di bidangnya. Kalau ada sponsor kita jemput dia ke surau kita...haha

Biodata


Tareq Mohammed Al-Suwaidan (Arabic: طارق محمد السويدان‎; born November 23, 1953) is a Kuwaiti entrepreneur, Islamic author and speaker, and a leader of the Kuwaiti Muslim Brotherhood. He is well-known in the Middle East and in Muslim communities throughout the world for his management/strategic planning training, motivational speaking and television shows and appearances. According to Forbes magazine (Arabic edition: Forbes Arabia), Dr. Al-Suwaidan ranks second in annual net income among Islamic speakers in the Muslim world with an estimated net profit of $1 million in 2007.[1] Al-Suwaidan was trained in the classical Islamic sciences in his youth and lived and studied in the United States, having received a B.S. in petroleum and natural gas engineering from Penn State University and an M.Sc. and Ph.D. in petroleum engineering from the University of Tulsa.

Di bawah ini adalah adalah isi email yang saya terima mengenai kajian beliau yang menunjukkan bahawa jumlah sebutan banyak perkara yang di nyatakan bersamaan dengan jumlah sebutan perkara berkaitan/berlawanan/berpasangan.

1. The number of times the word man appears in the Holy Qur'an is 24 and number of times the word woman appears is also 24,
2. Dunia (one name for life) 115. Aakhirat (one name for the life After this world) 115
3. Malaika (Angels) 88 .Shaytee (Satan) 88
4. Life 145 ...... Death 145
5. Benefit 50 .. Corrupt 50
6. People 50 ... Messengers 50
7. Eblees (king of devils) 11 . Seek refuge from Eblees 11
8.Museebah (calamity) 75 .. Thanks 75
9.Spending (Sadaqah)73 .. Satisfaction 73
10. People who are mislead 17 .. Dead people 17
11.Muslimeen 41 .. Jihad 41
12. Gold 8 .. Easy life 8
13. Magic 60... Fitnah (dissuasion, misleading) 60
14. Zakat (Taxes Muslims pay to the poor) 32 ..Barakah (Increasing or blessings of wealth) 32
15. Mind 49 .. Noor 49
16.Tongue 25 .. Sermon 25
17.Desite 8 .. Fear 8
18.Speaking publicly 18 .. Publicising 18
19. Hardship 114 ..... Patience 114
20. Salat 5, Month 12, Day 365,
21.Sea 32, Land 13
Sea land = 32 + 13 = 45
Sea = 32/45*100q.= 71.11111111%
Land = 13/45*100 = 28.88888889%
Sea + land 100.00%
Modern science has only recently proven that the water covers 71..111%
of the earth, while the land covers 28..889%.

Is this a coincidence? Question is that Who taught Prophet Muhammad
(PBUH) all this and the reply automatically comes to mind that
ALMIGHTY ALLAH taught him. The Holy Qur'an also tells us this.
Wallahu Aklam.
Semoga sedikit ilmu ini ada manfaatnya kepada kita semua.Insya Allah.

February 17, 2011

Sambutan MaulidurRasul kat SAM , Sabtu 19/2/2011

Persediaan untuk sambutan MaulidurRasul kat SAM pada hari Sabtu 19/2/2011 berjalan agak lancar. Banner pun dah naik menjemput orang ramai untuk hadir.

Penyediaan makanan termasuk menukar seekor lembu hidup menjadi beberapa jenis lauk (meminjam bahasa yang digunakan oleh seorang hambaAllah..ha ha). Seperti biasa kita akan buat secara gotong royong. Mengikut perancangan lembu akan sampai pada pukul 8AM dan insyaAllah, akan di sembelih pada pukul 8.30pagi. Di harap kita semua dapat datang awal dengan peralatan yang sesuai.

Parang kenalah tajam



Asah dulu dengan teknik yang betul


Selepas solat Maghrib kita akan sama2 mendengar ceramah khas Maulidur Rasul oleh Imam Muda Uztaz Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan dengan tajuk "MaulidurRasul Vs Valentine Day". Ajak anak2 remaja kita untuk turut hadir. Merekalah target audience no 1.

February 12, 2011

Bersedia kah kita untuk mati?

SAM,12 RabiulAwal/9 Feb.
Hari ini hari Sabtu.Biasanya kita ada kuliah suboh setiap hujung minggu.Selesai solat Subuh dan doa secara berjamaah saya menjeling tempat letak kereta khas Penceramah. 'Kereta itu' tidak ada . Hmm...penceramah tidak datang suboh ni. Perlahan saya pun bangun melangkah keluar surau. Tiba2 terdengar teriakan dari belakang saya...'Uztaz..uztaz'. Berdetik juga dalam hati bila pula saya jadi Uztaz.Saya pun menoleh kebelakang. Rupanya Imam SAM Utz Suhaimi memanggil hamba Allah yang berjalan keluar surau seiring dgn saya. Saya turut berhenti dan mendengar perbualan antara mereka.
'Uztaz, boleh buat kuliah umum suboh ni...penceramah yang kita panggil tak dapat hadir pagi ni" perlahan suara Utz Suhaimi.
'Macamtu ye,....InsyaAllah boleh' mudah dan cepat benar Uztaz ini buat keputusan dan dia pun berpusing berjalan masuk semula ke dalam Surau menuju meja penceramah yang sudah siapsedia.

Saya berjalan dua-tiga langkah kehadapan. Kemudian saya berhenti dan mengajak seorang lagi jemaah (Hj Othman) untuk masuk semula keSurau. Dapat satu dua point okay lah kata saya.
Ternyata perkongsian ilmu dengan Uztaz ini amat menyeronokan.Penyampaiannya bersahaja,lancar tanpa teks atau rujukan. Seramai lebihkurang 40 orang jemaah mengikuti kuliah hingga akhir.

Berikut intipati kuliah beliau.

1.Mengajak ahli Jemaah bersyukur kpd Allah SWT dgn nikmat iman dan Islam. Seterusnya bersyukur dengan kekuatan yang Allah SWT beri hingga membolehkan jemaah datang bersolat secara berjemaah dan menghadiri majlis ilmu. Menurut satu hadis Qudsi Allah berjanji akan menyempurnakan hajat orang yang beriman yang mengingati Allah SWT*. Hajat2 itu mungkin untuk rezeki atau/juga yang lain seperti ketenangan jiwa.
Orang2 yang sukar untuk mengucap sahadah di akhir hayatnya adalah dari golongan yang tidak mensyukuri nikmat Islam dan iman . Hendaklah kita sentiasa berzikir dan berdoa semoga dipelihara iman kita dan mati kita dalam Islam.

2.Sambutan Maulidur Rasul bertujuan untuk menzahirkan cinta kita kepada Rasulullah. Soalnya tahukah kita ketakat mana cinta itu atau dalam bahasa Banjar "up to what level?. Dalam satu hadis Rasulullah SAW memberitau Saidinna Umar RA bahawa kasih kepada Rasulullah itu hanya sempurna setelah kita mengasihinya melebihi kasih kita kepada Ibubapa, anak, hartabenda dan diri kita sendiri. Dalam kita merancang untuk berarak atau apa jua bentuk sambutan jawablah juga soalan2 cepumas ini.
Bagaimana/dimanakah tahap kasih dan cinta kita kepada Rasullullah SAW??.
Apakah kehidupan harian kita mengikut sunnah Rasullullah SAW?
Jika cinta yang kita zahirkan semasa sambutan MaulidurRasul hanya luaran dan tidak terbit dari hati dan tidak pula di bukti dgn perbuatan. Itu cinta palsu!!

3. Mengingatkan jemaah untuk menjadikan dunia sebagai jambatan menuju negeri Akhirat. Jangan sampai tergolong kepada golongan orang yang kaya di dunia tetapi tiada bernegeri diakhirat. Ambillah iktibar dari kehidupan Saiditina Khadijah isteri pertama Rasullullah seorang kaya yg membelanjakan keseluruhan hartanya untuk Islam.Semasa wafatnya beliau hanya ada pakaian yang ada di badannya.
Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi "Ketahuilah, sesungguhnya dunia itu dilaknat dan dilaknat apa yang ada di dalamnya, kecuali dzikir kepada Allah dan ketaatan kepada-Nya, orang berilmu, dan orang yang mempelajari ilmu.’”

4. Bersediakah kita untuk mati...hari ini,esok minggu depan. Bila ??.
Kebanyakan kita mungkin akan menjawab belum...belum lagi...nanti, nantilah dulu!!.
Mungkin kita berani menjawab ya jika kita telah mendapat tanda2 atau "clue/s" bahawa Allah telah kasih kepada kita dan amalan kita telah di terima. Bolehkah kita merasakan tanda2 itu?
Allah berfirman yang membawa maksud bahawa orang yang Allah kasih akan Allah jaga anggota badannya dari melakukan maksiat. Cuba kita muhasabah diri kita sendiri adakah kita tergolong dalam kategori orang mukmin yang Allah Kaseh.
Pertama : Allah jaga matanya supaya tidak khianat dan tidak memandang sesuatu yang bukan tujuan mata di jadikan. Ada enam tempat/perkara yang apabila mata memandang (pandang sahaja)membawa pahala/kebaikan pada kita. Sementara itu ada banyak tempat/perkara yang bila mata kita memandang kita dapat dosa. Kita sama2 tau kan?.

Kedua : Allah jaga telinganya.
Telinga itu mengelak dari mendengar perkara yang tidak baik seperti mendengar orang mengumpat mencerca dsb.

Ketiga :Allah jaga tangannya
Kekuatan yang ada pada fizikalnya tidak menzalimi orang lain.

Keempat : Allah jaga kakinya
Kaki itu tidak akan melangkah ketempat maksiat eg. Ke kasino/Magnum 4D walau ia tdk berjudi, ke Karaoke/pub walau ia tidak menyanyi/minum minuman keras.

Untuk golongan yang Allah kasehi ini Allah berjanji untuk memperkenankan hajat2 mereka.

Ada banyak perkara dan dalam banyak situasi yang menyebabkan anggota badan kita membuat dosa. Kita sendiri dalam keadaan sedar dan tahu tapi masih kita buat juga kerana nafsu mengatasi akal. Iblis ketawa. Jika itulah kita, maka eloklah kita berdoa mohon Allah panjangkan umur, beribadat dan mula menjaga anggota badan kita. Mudah2an suatu waktu yang terdekat ini kita dapat merasakan Allah telah mengasehi kita. Ketika itu mungkin kita dapat menjawab tajuk diatas secara positif.
" Ya, saya memang dah bersedia untuk mati"

Wallahu Aklam.

Sekadar berkongsi. Uztaz yang mulanya datang hanya untuk bersolat Suboh di SAM adalah Uztaz Mohd Daruzaman. Namun, apa yang saya tulis adalah dari pemahaman saya dan saya memohon maaf kepada semua pembaca atas kekurangan dan kesilapan.Kepada Allah SWT saya beristigfar.

February 10, 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1432H

Hari Keputeraan Junjungan kita Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal tahun ini (1432H) jatuh pada hari Selasa bersamaan 14 Febuari 2011. Surau kita akan membuat sambutan pada hari Sabtu 16 Rabiulawal bersamaan 19/02/2011.
Aturcara program:
8.30 pagi : Gotong Royong Menyembelih,Melapah dan memasak seekor lembu
12.30 t/hari : Makan tengahari
7.45 pm : Ceramah khas selepas solat Maghrib dgn tajuk" MaulidurRasul vs Valentine Day' akan di sampaikan oleh Imam Muda Uztaz Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan (Juara Program Imam Muda Astro Musim 2010).


9.15 Malam: Solat Isyak diikuti dengan jamuan makan malam.

Semua ahli Kariah dan Jemaah SAM adalah dijemput untuk datang bersama2 meraikan program ini.

Anggaran kos menjayakan program ini adalah sebanyak RM 4500. Seorang HambaAllah telah bermurah hati menyumbang seekor lembu. Sumbangan ikhlas dari kita semua untuk sama2 menampung baki kos sebanyak RM2000 amat dialu2kan. InsyaAllah akan ada balasan baik untuk kita di kemudian hari. Sumbangan boleh di serahkan kepada Hj Akiah atau pada saya sendiri.

Gambar Hiasan
Sambutan Maulidur Rasul SAM tahun lepas(1431H). Tahun ini kita tak buat perarakan



February 09, 2011

Fadhilat Solat di Saf Hadapan

Biasanya jemaah di kebanyakan masjid dan surau yang biasa kita pergi semacam teragak2 hendak mengambil saf hadapan untuk solat jemaah. Kat surau kita pun serupa juga. Ramai yang merasakan orang tua dan mereka yang datang awal lebih layak untuk mengambil posisi itu.Topik ini di sentuh oleh Utz Rahim semasa kuliah subuh hari Sabtu lepas.
Beliau membacakan hadis di bawah sebagai sandaran.

Rasulullah s.a.w bersabda “Seandainya manusia mengetahui keutamaan yang ada dalam azan dan saf pertama, kemudian untuk mendapatkan itu mereka harus mengundi, nescaya mereka akan mengundi untuk mendapatkannya.” Riwayat Bukhari.

Pada saya, apabila kita datang awal eloklah kita mengambil saf hadapan. Apabila kita memileh untuk tidak mengambilnya maka terlepaslah kita peluang tersebut. Maksudnya, tiada komen negatif kepada jemaah yang datang lewat tapi mengambil tempat di saf hadapan.

February 03, 2011

Pemasangan WIFI Di Surau AlMadaniah

Berita gembira untuk ahli Kariah.

Kemudahan WIFI telah mula disediakan oleh pihak Surau. Selain dari itu socket letrik, meja dan kerusi untuk diskusi juga di sediakan. Semoga kemudahan ini dapat dimanfaatkan oleh semua terutama golongan remaja.Gunakanlah surau sebagai tempat bertemu dan berdiskusi sementara menunggu waktu solat.

Pihak surau juga ada menyediakan tabung ICT bagi memberi peluang kepada mereka yang ingin menyumbang untuk membiayai kos bulanan inisiatif ini.