September 28, 2010

Majlis Jamuan Hari Raya AidilFitri Surau Al Madaniah (SAM)

Kita akan mengadakan Program tersebut seperti berikut.

Tarikh :2 Okt 2010
Masa : 9 pagi hingga 12 tengahhari
Tempat : Perkarangan Surau Al Madaniah (SAM)

Semua ahli Kariah dan Jemaah di jemput hadir.

Persiapan sedang di buat untuk menjayakan program tersebut.Matlamatnya nak merapatkan ukhwah sesama kita. Sama2 kita lapangkan masa untuk menghadirkan diri untuk memeriahkan majlis.

September 26, 2010

Jamuan Hari Raya

Dah masuk minggu ke3 bulan Syawal. Ramai kawan jemput ke jamuan hari raya. Ada yang buat sebelah pagi, ada yang jemput waktu tengah hari dan juga selepas solat Isyak. Kawan2 dah jemput kita untuk eratkan silaturrahim maka elok sangatlah kita berusaha untuk hadir.

Dalam pada tu jangan lupa habiskan puasa enam.

September 18, 2010

Tamat Kursus Haji Bersiri Anjuran Masjid Annur USJ4



Syukur Alhamdulillah. Pagi ini saya dan beberapa kawan2 tamat Kursus Haji Bersiri anjuran Masjid Annur USJ 4. Kursus 15x2 jam itu telah dipimpin oleh Ustaz Shamsudin Sidek.

Sebagai peserta, saya beranggapan kursus ini telah berjalan dengan amat sempurna.Bilek kuliah amat bersih, PA sistem dan sistem hawa dingin juga sempurna.Ini di tambah pula dengan pimpinan Ustaz Shamsudin Sidek yang berkesan. Kelas juga berjalan mengikut masa dan tarikh yang di tetapkan.

Tahniah kepada JK Masjid Annur USJ 4 kerana berjaya menganjurkan kursus ini dengan jayanya. Terimakasih khusus kepada urusetia kursus dan Biro Muslimat yang sentiasa siapsedia membantu peserta setiapkali kursus di adakan.

Semoga semua 75 orang peserta kursus dapat mengamalkan ilmu yang dipelajari dan mendapat Haji yang Mabrur. InsyaAllah.














September 17, 2010

Pemungut Derma Dari Afghanistan

Kebelakangan ini, Surau dan Masjid Di Subang Jaya kerap di datangi oleh individu2 berpakaian kemas serba putih....ala Arab. Kat surau kita pun selalu juga mereka datang. Kali terakhir selepas solat Jumaat 1Syawal yang lepas. Mereka bergerak dalam kumpulan 2-3 orang.

Mereka mengenalkan diri sebagai pemungut derma bagi khemah pelarian Afghanistan.Dengan berbekalkan beberapa keping gambar dan salinan surat mereka menagih simpati secara 'persistent'.

Benarkah mereka ini memungut derma untuk pelarian/anak yatim seperti yang mereka dakwa?.

Saya dengan beberapa ahli Kariah lain pernah panggil, duduk sekali dan minta identiti serta penjelasan. Dia sebenarnya dari Pakistan dan datang sebagai pelancong. Dia tidak dapat memberi maklumat tentang rekod kutipan harian.

Pengurusan Surau telah lama membuat keputusan tidak membenarkan kutipan ini di buat di perkarangan dan kawasan Surau. Tatacara untuk mengutip derma ada dipapar dipapan kenyataan

Terpulang pada Tuan Puan untuk membuat penilaian sendiri. Namun, jika di datangi oleh individu2 ini, tak salah kalau bertanya tentang rekod kutipan harian serta bukti wang kutipan pernah di berikan kepada rumah/khemah pelarian.

September 10, 2010

AidilFitri 1431H@ Al Madaniah

Ramadan 1431H baru berlalu. 1 Syawal telah tiba.

Takbir Raya bergema selepas solat Maghrib dan Isyak di Surau AlMadaniah. Selepas solat Isyak, sempat juga saya pergi ikut bertakbir Raya di 5 buah rumah ahli Kariah. Ada beberapa orang kanak-kanak ikut sama. Mereka ni pun aktif bertakbir. Ada kemeriahan dalam mengagungkan Allah SWT . Selesai dalam pukul 12 t/mlm.Takde hal. Dulu, semasa kecil di kampong, saya biasa ikut sampai jam 3 pagi!!.

Ini adalah tahun ke2 kita anjur aktiviti ini.Elok jadikan ia tradisi Al Madaniah.

Hujan turun agak lebat subuh tadi.

Alhamdulillah,solat sunat Aidilfitri bermula 8.30 AM berjalan lancar. Jemaah pun ramai.Ustaz Suhaimi pun steady ceria menanti satu lagi solat....solat Jumaat. Lps tu baru dia balik nun ke Utara.Keluarga dah beraya kat Kg, dia masih di KL. Komitment koja...... apa nak buat.


"SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN"




















Jadi Tour Guide

Pada 26Ramadan saya ambil sikit masa bawa Imam Tahfiz kita pergi ke Jaln Masjid India KL. Nak beli baju Raya.

Hebat Jalan MI hari tu.Mungkin jadi kawasan terpadat diMalaysia pada pagi tu.Nak jalan pun susah. Gerai banyak dan yang berkunjung teramatlah ramai.

Syukur Alhamdulillah, Demo depan Jackel tak jadi kenyataaan hari itu

Apalah nak berdemo bulan Ramadan!. Kadang susah juga nak faham.








September 07, 2010

Bubur Lambok AlMadaniah


Bubur Lambok (BL)memang sinonim dengan sambutan bulan Ramadan AlMubarak.Ada masjid yang buat BL tiap2 hari sepanjang Ramadan untuk di agih2 kepada umat Islam. Khabarnya,Maslid Jamek Kg Baru buat 17 periuk tiap2 hari... tiap kali Ramadan Al Mubarak tiba. No hal.

Kita juga buat acara ni tiap2 tahun. Tahun ni Chief Chef kita adalah saudara Ahmad Jaafar (AJ). Tiga periuk kita buat.Sebanyak lebih 400 tupperware berisi BL kita agih. Hebat juga rasa nya.

InsyaAllah, panjang umur, boleh kita kekal dia untuk tahun hadapan!!.Terimakasih juga pada ahli kariah yang turut menjayakan aktiviti ini.










(gambar ehsan dari Sdr Alimor Sipon)