December 10, 2010

Masjid Kucing( Masjid Raiyaa)

Masjid Kucing
Orang Arab panggil (Masjid Raiyaa) bermaksud masjid Bendera..Jauh makna berbeda

Saya dapat banyak dorongan dari kawan2 yang membaca blog ini khasnya posting berkenaan Pengalaman Mengerjakan Haji. Mungkin ada 10 posting lagi untuk saya kongsi pengalaman ini.

Malam tadi, selepas jamuan malam Jumaat ada jemaah tanya saya samada Masjid Kucing masih ada atau sudah di robohkan. Ada nostalgia juga dia dengan Masjid ini.He he.

Masjid ini yang berada lebih kurang 600 meter dari Masjidil Haram masih utuh.Ia kini berada dikawasan dimana semua bangunan lain telah di roboh. Tidak pasti pula masa depan masjid ini.




Saya juga ada bersolat dimasjid ini. Masjid ini sentiasa dikunci dan hanya di buka kira2 25 minit sebelum waktu Solat.Azan pula hanya dilaungkan sebaik sahaja azan Masjidil Haram dilaungkan.

Jumhur ulamak berpendapat bahawa 100,000 kali ganda bersolat di Maasjidil Haram termasuk dimana2 tempat di Tanah Haram Mekah. Walau bagaimana pun, adalah lebih afdal bersolat di MasjidilHaram.

Wallah hu aklam
.

No comments:

Post a Comment