December 11, 2010

Menasik Haji 4 : Mabit (Bermalam) Dan Melontar Jamrat Di Mina

10 Zulhijjah 1431H. Setelah menunggu giliran saya menaiki bas pada pukul 4am meninggalkan Mudzaliffah menuju ke Mina.Bemalam diMina pada malam2 Hari Tasriq adalah Wajib Haji. Sekurang2nya perlu berada bermlam setengah malam atau 6 jam.

Saya sampai dikhemah Mina di Moaisem sejurusselepas masuk waktu Solat Suboh. Selesai solat sebilangan kecil jemaah denganusaha sendiri telah pergimelontar di Jamrat Kubra.Pihak pengendali pakej mengikut arahanTabung Haji hanya membawa jemaah keluar melontarselepas solat Isyak

Pemandangan dikhemah Minapada 10Zulhijjah sebelum melontar Jamrat Kubra.Jemaah lelaki masih lagi berpakaian ihram.


"Dengan nama Allah SWT,aku rejam kamu iblis serta sekutu2mu"

Suasana ketika melontar di Jamrat Kubra agak lenggang kerana sistem keluar melontar yang agak teratur. Setelah selesai melontar maka bolehlah bertahalul kecil dan menanggalkan ihram serta gugur 10 larangan


Dengan berpakaian biasa Hj Badrul Hisham membawa cerek berisi air panas untuk kawan2 sekhemah.Jauh tu dia berjalan untuk kedapur utama.






Pagi 12 Zulhijjah semasa menghampiri Komleks Jamrat untuk melontar




Saya telah memileh untuk nafar(meninggalkan Mina)awal.Selepas solat Subuh dan setelah melontar ketiga2 Jamrat , saya berjalan 3km lagi kestesen bas didepan Supermarket Bin Dawood


Sementara menunggu bas yang disewa oleh pengendali Pakej, saya berehat di tepi jalan...letih selepas berjalan 7km. Kalau naik teksi untuk perjalanan 5 km ni adalah sebanyak 50 riyal(Rm45!)/PAX.

No comments:

Post a Comment