Persediaan untuk sambutan MaulidurRasul kat SAM pada hari Sabtu 19/2/2011 berjalan agak lancar. Banner pun dah naik menjemput orang ramai untuk hadir.
Penyediaan makanan termasuk menukar seekor lembu hidup menjadi beberapa jenis lauk (meminjam bahasa yang digunakan oleh seorang hambaAllah..ha ha). Seperti biasa kita akan buat secara gotong royong. Mengikut perancangan lembu akan sampai pada pukul 8AM dan insyaAllah, akan di sembelih pada pukul 8.30pagi. Di harap kita semua dapat datang awal dengan peralatan yang sesuai.
Parang kenalah tajam
Asah dulu dengan teknik yang betul
Selepas solat Maghrib kita akan sama2 mendengar ceramah khas Maulidur Rasul oleh Imam Muda Uztaz Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan dengan tajuk "MaulidurRasul Vs Valentine Day". Ajak anak2 remaja kita untuk turut hadir. Merekalah target audience no 1.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment