February 09, 2011

Fadhilat Solat di Saf Hadapan

Biasanya jemaah di kebanyakan masjid dan surau yang biasa kita pergi semacam teragak2 hendak mengambil saf hadapan untuk solat jemaah. Kat surau kita pun serupa juga. Ramai yang merasakan orang tua dan mereka yang datang awal lebih layak untuk mengambil posisi itu.Topik ini di sentuh oleh Utz Rahim semasa kuliah subuh hari Sabtu lepas.
Beliau membacakan hadis di bawah sebagai sandaran.

Rasulullah s.a.w bersabda “Seandainya manusia mengetahui keutamaan yang ada dalam azan dan saf pertama, kemudian untuk mendapatkan itu mereka harus mengundi, nescaya mereka akan mengundi untuk mendapatkannya.” Riwayat Bukhari.

Pada saya, apabila kita datang awal eloklah kita mengambil saf hadapan. Apabila kita memileh untuk tidak mengambilnya maka terlepaslah kita peluang tersebut. Maksudnya, tiada komen negatif kepada jemaah yang datang lewat tapi mengambil tempat di saf hadapan.

3 comments:

  1. Satu lagi yg kena take note is mcm mana nak lurus kan saf. Saf dikira dari tumit bukan Ibu jari kaki. Jadi tolong tengok tumit kita & juga org2 di sebelah kita.

    ReplyDelete
  2. Recently ada kalangan kariah kita yg tak suka nak rapat kan saf. Malah beliau minta utk kariah sebelahnya utk menjarakkan saf. Mungkin ada tarikat baru kot. Sama2 la kita doa kan supaya Allah lembutkan hati beliau. Amin.

    ReplyDelete
  3. Terima kaseh atas komen Tuan.

    Mungkin kita kena minta Imam ingatkan jemaah setiap kali kita hendak mula solat. Jadikan dia sebagai rutin setiap kali bersolat

    ReplyDelete