February 12, 2011

Bersedia kah kita untuk mati?

SAM,12 RabiulAwal/9 Feb.
Hari ini hari Sabtu.Biasanya kita ada kuliah suboh setiap hujung minggu.Selesai solat Subuh dan doa secara berjamaah saya menjeling tempat letak kereta khas Penceramah. 'Kereta itu' tidak ada . Hmm...penceramah tidak datang suboh ni. Perlahan saya pun bangun melangkah keluar surau. Tiba2 terdengar teriakan dari belakang saya...'Uztaz..uztaz'. Berdetik juga dalam hati bila pula saya jadi Uztaz.Saya pun menoleh kebelakang. Rupanya Imam SAM Utz Suhaimi memanggil hamba Allah yang berjalan keluar surau seiring dgn saya. Saya turut berhenti dan mendengar perbualan antara mereka.
'Uztaz, boleh buat kuliah umum suboh ni...penceramah yang kita panggil tak dapat hadir pagi ni" perlahan suara Utz Suhaimi.
'Macamtu ye,....InsyaAllah boleh' mudah dan cepat benar Uztaz ini buat keputusan dan dia pun berpusing berjalan masuk semula ke dalam Surau menuju meja penceramah yang sudah siapsedia.

Saya berjalan dua-tiga langkah kehadapan. Kemudian saya berhenti dan mengajak seorang lagi jemaah (Hj Othman) untuk masuk semula keSurau. Dapat satu dua point okay lah kata saya.
Ternyata perkongsian ilmu dengan Uztaz ini amat menyeronokan.Penyampaiannya bersahaja,lancar tanpa teks atau rujukan. Seramai lebihkurang 40 orang jemaah mengikuti kuliah hingga akhir.

Berikut intipati kuliah beliau.

1.Mengajak ahli Jemaah bersyukur kpd Allah SWT dgn nikmat iman dan Islam. Seterusnya bersyukur dengan kekuatan yang Allah SWT beri hingga membolehkan jemaah datang bersolat secara berjemaah dan menghadiri majlis ilmu. Menurut satu hadis Qudsi Allah berjanji akan menyempurnakan hajat orang yang beriman yang mengingati Allah SWT*. Hajat2 itu mungkin untuk rezeki atau/juga yang lain seperti ketenangan jiwa.
Orang2 yang sukar untuk mengucap sahadah di akhir hayatnya adalah dari golongan yang tidak mensyukuri nikmat Islam dan iman . Hendaklah kita sentiasa berzikir dan berdoa semoga dipelihara iman kita dan mati kita dalam Islam.

2.Sambutan Maulidur Rasul bertujuan untuk menzahirkan cinta kita kepada Rasulullah. Soalnya tahukah kita ketakat mana cinta itu atau dalam bahasa Banjar "up to what level?. Dalam satu hadis Rasulullah SAW memberitau Saidinna Umar RA bahawa kasih kepada Rasulullah itu hanya sempurna setelah kita mengasihinya melebihi kasih kita kepada Ibubapa, anak, hartabenda dan diri kita sendiri. Dalam kita merancang untuk berarak atau apa jua bentuk sambutan jawablah juga soalan2 cepumas ini.
Bagaimana/dimanakah tahap kasih dan cinta kita kepada Rasullullah SAW??.
Apakah kehidupan harian kita mengikut sunnah Rasullullah SAW?
Jika cinta yang kita zahirkan semasa sambutan MaulidurRasul hanya luaran dan tidak terbit dari hati dan tidak pula di bukti dgn perbuatan. Itu cinta palsu!!

3. Mengingatkan jemaah untuk menjadikan dunia sebagai jambatan menuju negeri Akhirat. Jangan sampai tergolong kepada golongan orang yang kaya di dunia tetapi tiada bernegeri diakhirat. Ambillah iktibar dari kehidupan Saiditina Khadijah isteri pertama Rasullullah seorang kaya yg membelanjakan keseluruhan hartanya untuk Islam.Semasa wafatnya beliau hanya ada pakaian yang ada di badannya.
Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi "Ketahuilah, sesungguhnya dunia itu dilaknat dan dilaknat apa yang ada di dalamnya, kecuali dzikir kepada Allah dan ketaatan kepada-Nya, orang berilmu, dan orang yang mempelajari ilmu.’”

4. Bersediakah kita untuk mati...hari ini,esok minggu depan. Bila ??.
Kebanyakan kita mungkin akan menjawab belum...belum lagi...nanti, nantilah dulu!!.
Mungkin kita berani menjawab ya jika kita telah mendapat tanda2 atau "clue/s" bahawa Allah telah kasih kepada kita dan amalan kita telah di terima. Bolehkah kita merasakan tanda2 itu?
Allah berfirman yang membawa maksud bahawa orang yang Allah kasih akan Allah jaga anggota badannya dari melakukan maksiat. Cuba kita muhasabah diri kita sendiri adakah kita tergolong dalam kategori orang mukmin yang Allah Kaseh.
Pertama : Allah jaga matanya supaya tidak khianat dan tidak memandang sesuatu yang bukan tujuan mata di jadikan. Ada enam tempat/perkara yang apabila mata memandang (pandang sahaja)membawa pahala/kebaikan pada kita. Sementara itu ada banyak tempat/perkara yang bila mata kita memandang kita dapat dosa. Kita sama2 tau kan?.

Kedua : Allah jaga telinganya.
Telinga itu mengelak dari mendengar perkara yang tidak baik seperti mendengar orang mengumpat mencerca dsb.

Ketiga :Allah jaga tangannya
Kekuatan yang ada pada fizikalnya tidak menzalimi orang lain.

Keempat : Allah jaga kakinya
Kaki itu tidak akan melangkah ketempat maksiat eg. Ke kasino/Magnum 4D walau ia tdk berjudi, ke Karaoke/pub walau ia tidak menyanyi/minum minuman keras.

Untuk golongan yang Allah kasehi ini Allah berjanji untuk memperkenankan hajat2 mereka.

Ada banyak perkara dan dalam banyak situasi yang menyebabkan anggota badan kita membuat dosa. Kita sendiri dalam keadaan sedar dan tahu tapi masih kita buat juga kerana nafsu mengatasi akal. Iblis ketawa. Jika itulah kita, maka eloklah kita berdoa mohon Allah panjangkan umur, beribadat dan mula menjaga anggota badan kita. Mudah2an suatu waktu yang terdekat ini kita dapat merasakan Allah telah mengasehi kita. Ketika itu mungkin kita dapat menjawab tajuk diatas secara positif.
" Ya, saya memang dah bersedia untuk mati"

Wallahu Aklam.

Sekadar berkongsi. Uztaz yang mulanya datang hanya untuk bersolat Suboh di SAM adalah Uztaz Mohd Daruzaman. Namun, apa yang saya tulis adalah dari pemahaman saya dan saya memohon maaf kepada semua pembaca atas kekurangan dan kesilapan.Kepada Allah SWT saya beristigfar.

No comments:

Post a Comment