January 23, 2011

Umrah & Ziarah Kariah Surau AlMadaniah

Ramai yang bertanya kenapa tidak kita anjurkan Umrah secara bersama agar lebih meriah dan dapat mengukuhkan ukhwah melalui ibadat secara berjemaah. Atas unjuran ini Hj Mokhtar Endan dan saya telah membuat inisiatif berhubung dgn Syarikat Zahafiz Travel S/B berbincang dan akhirnya kita telah buat 'block booking' untuk 40 orang jemaah. Perincian adalah seperti berikut:

Tarikh bertolak :25/3/2011
Tarikh Pulang : 7/04/2011
( 12 hari 10 malam)
Penerbangan :Saudi Air dari KLIA terus ke Madinah
Hotel di Madinah: Wasil Al Reem (80 meter dgn Masjid Nabawi)
Hotel di Mekah :Rawasi Mis Falah (150 meter dari Masjidil Haram)
Kos : RM 4980 untuk 4 orang sebilek dan RM5480 utk dua orang sebilek.
(termasuk tambang kapalterbang,makan dan penginapan)

Layari :www.zahafiz.com

Kita juga akan bersama Imam SAM, Utz Syukri untuk umrah ini. Kemungkinan kita isikan masa dengan program Ilmu bersama Uztaz Syukri selain dari program tetap yang dianjurkan oleh pihak Zahafiz Travels S/B.

Sila berhubung dgn Hj. Mokhtar atau saya sendiri sebelum 31/01/2011,sekiranya berminat untuk turut serta.InsyaAllah, Hj Mokhtar akan turut serta. Saya....untuk trip ini saya sekadar menolong menjayakan.

No comments:

Post a Comment