January 15, 2011

Gangguan Iblis Semasa Mendirikan Solat

Berat tajuk ni dan biasanya cuma uztaz/imam je yang ulas. Ini pula dari perspective saya sebagai ahli kariah/jemaah.

Iblis akan sentiasa menggangu kita supaya tidak mendirikan solat dan/atau menggangu sehingga solat sesaorang itu kurang sempurna.

Antara gangguan Iblis adalah dengan mendatangkan perasaan was2 ketika melakukan lafaz niat semasa takbiratul ihram sehingga sesaorang itu berasa ragu2 apakah lafaz niat takbiratul ihram yang dilakukan itu sempurna atau tidak. Ini membuatkan dia mengulangi lagi lafaz hingga berkali2. Seterusnya, Iblis menggangu sehingga sesaorang itu lupa jumlah rakaat yang dikerjakan.

Menyentuh perkara diatas Datuk Kamaruddin Zakaria bekas Imam Besar Masjid Negara,semasa ceramahnya di Surau SAM bertajuk 'Hebatnya Keluarga Ini (Disember 2010)' menkategorikan orang yang membuat lafaz niat takbiratul Ihram berkali2 sebagai seorang yang kurang hebat. Beliau menyarankan supaya kita mesti memperkuatkan diri dari diganggu Iblis supaya kita mudah semasa mendirikan solat.

Di baahagian akhir klip video ini pula,Utz Wan Shohor Bani Leman menyentuh tentang niat dan lafaz niat solat serta kaitannya dengan solat yang khyusuk.


Ada juga dikalangan kita yang berpendapat bahawa menghadirkan niat dalam hati untuk solat itu di buat lebih awal lagi dan tidak perlu di buat bersekali dengan lafaz takbiratulihram. Ini pendapat yang agak baru bagi saya dan saya belum dapat nak ikut.

Dikuliah mingguan pada 13Jan 2011 yang lepas, Ustaz Salleh Saad Imam masjid Putrajaya menyarankan kita bersolat berjamaah di surau atau masjid agar kita menjadi lebih khyusuk semasa mendirikan solat selain dari ganjaran 27x solat bersendirian. Ini saya sangat bersetuju.

Sekadar catatan yg ingin saya kongsi mengenai perkara ini yang saya kutip semasa menghadiri majlis ilmu di SAM. Saya beristigfar kepada Allah SWT dan mohon maaf kepada sesiapa saja yang membaca sekiranya ada yang tersilap.

No comments:

Post a Comment