August 19, 2010

Gerai-Gerai Ramadan

Ada orang langsung tak, ada yang sekali sekala dan juga yang tiap-tiap petang pergi shopping kuih dan lauk di gerai Ramadan. Anda dalam kategori mana?.

Bagi anak Kariah Al Madaniah ada beberapa gerai Ramadan sekitar 5 Km dari Surau Al Madaniah.Cuba pergi ke USJ 4, USJ 7, Pasar Puchong dan di Alam Megah. Harga di Alam Megah dan Pasar Puchong adalah 25% lebih murah dari USJ 4 dan USJ 7.

Suasana di USJ 4 terlalu sesak dan tak baik untuk mata. Pelangan yang datang dari pelbagai bangsa dan ramai yang tak menutup aurat.

Dua hari yang lepas saya pergi gerai Ramadan Alam Megah. Ada banyak gerai dan ramai pelanggan. Malang hujan turun dengan lebat. Saya jumpa Sdr Mokhtar dan Dato' Mus ynag separa kuyup dek hujan. Nasib baik dia dapat apa yang dia nak.... kecuali hati lembu masak kari pekat.

Kesian... saya belum berkesempatan tanya Dato' samada dah dapat beli atau belum.

Ada juga yang mengidam lauk gerai Ramadan!! .. ha ha

No comments:

Post a Comment