April 08, 2011

فَصَبْرٌ جَمِيلٌ

Bersabar itulah yang terbaik.
Sabar itu indah.
Menarik sekali dua kuliah subuh Ustaz Syed Norhisyam mengenai pengajaran yang dapat diambil dari Surah Yusuf.

(ustaz Syed Norhisyam juga adalah tenaga pembimbing Imam Muda siri 1 terbitan Astro)

Dalam kehidupan sehari2 manusia tidak lepas dari dugaan dalam pelbagai bentuk. Dalam diri kita sendiri sudah ada nafsu jahat yang perlu di tundukan. Selain dari itu sentiasa ada bisekan jahat iblis yang sentiasa mengajak kita membuat kejahatan. Bergaul dengan orang rendah akhlaknya juga mungkin menjadikan kita terjerumus melakukan kejahatan. Kejahatan itu mungkin ditujukan kepada insan lain dalam bentuk kejahatan fizikal mahupun fitnah. Kejahatan fizikal mungkin membuat orang lain sakit atau pun menemui ajal. Kejahatan fitnah mengaibkan sesaorang dimata keluarga dan masyarakat.Hingga mungkin ia dipandang hina dan tidak dipercayai lagi.

Islam mengajar umatnya supaya menghindari diri dari terlibat dengan perbuatan menganiaya secara fizikal mahupun fitnah. Namun, apakah daya kita sekiranya kita pula adalah menjadi mangsa penganiayaan?.

Satu peristiwa di sebut dalam Al Quran reaksi Nabi Allah Yaakub apabila di beritahu putera2nya bahawa nabi Yusuf telah di baham serigala. Baginda berkata kepada putera2nya:
Sebenarnya dirimu lah yang memandang baik perbuatan yang buruk itu. Maka bersabar itulah yang lebih baik bagiku, dan kepada Allah sahajalah aku bermohon pertolongan terhadap apa yang kamu ceritakan ini '. Surah Yusuf ayat 18.

Dalam sejarah hidup Rasullullah SAW disebut satu peristiwa dimana Isteri Baginda, Saidatina Aishah pernah di katakan berlaku curang bersama seorang pemuda bernama Shafwan Bin AlMuattal. Berita itu diapi-apikan lagi oleh Abdullah Bin Ubay. Berita ini sampai ke pengetahuan Rasullulah dan Baginda terganggu olehnya. Baginda bertanya kepada Saidatina Aishah dan meminta nya bertaubat jika berita itu benar. Apakah jawapan Aishah?

Demi Allah, sesakali tidak akan aku bertaubat seperti yang kau sebutkan itu.Saya tahu sekiranya saya mengiakan apa yang dikatakan orang itu, sedang Allah mengetahwi bahawa saya tidak berdosa, bererti saya telah mengatakan sesuatu yang tidak ada. Sebaliknya kalau saya bantah,kalian tidak akan percaya.
Dia terdiam sebentar dan kemudian menyambung.

'Saya hanya dapat berkata apa yang dikatakan oleh ayah Yusuf "Maka sabar itulah yang terbaik bagiku,dan hanya Allah tempat aku bermohon pertolongan atas apa yang kamu ceritakan itu"'

Jelas cerita nabi Yusuf sebagaimana yang ada dalam AlQuran mengingatkan bahawa sifat dengki dan irihati dan masalah yang berkait dengan nya telah ada sejak dahulu lagi. Sifat dengki ini ada walaupun dikalangan adik beradik dan dalam dalam kes Saidatina Aishah ia melibatkan madu, ipar duai serta golongan munafik yang sentiasa ingin mengambil kesempatan.

Jangan lah sesekali kita memberi ruang di hati kita kepada sifat irihati, dengki ,dendam dalam kehidupan kita. Itu adalah pujukan Iblis yang bagaikan serigala. Setiap kali kita halau ia tetap akan datang lagi dan dari pelbagai penjuru. Sekiranya terikut pujukannya, ingatlah sesungguhnya Allah itu maha adil pembalasanNya dan siksaanNya amatlah perit.

Dalam menghadapi apa jua masalah,kita hendaklah berusaha mencari penyelesaian dan dalam masa yang sama bersabar dan yakin dengan ketentuan Allah yang bersifat maha Pemurah, maha Adil dan maha Mengasehani.

Selalulah mengingatkan diri dengan ayat pendek ini:
فَصَبْرٌ جَمِيلٌ yang bermaksud bahawa 'bersabar itulah yang terbaik"

Nota : Tulisan ini adalah dari pemahaman saya ttg intipati kuliah dan saya lengkapkan melalui pembacaan. Saya memohon maaf kepada semua pembaca atas kekurangan dan kesilapan. Kepada Allah SWT saya beristigfar.

2 comments:

  1. salam ysa

    semoga kita terhindar daripada godaan dan hasutan nafsu yang sentiasa mengajak kita ke arah itu.

    ReplyDelete
  2. Wsalam WRT ya AZ,

    InsyaAllah.Sama2 kita ingat negeri dunia ini sementara saja. Negeri akhirat itu yang kekal.

    ReplyDelete