September 17, 2010

Pemungut Derma Dari Afghanistan

Kebelakangan ini, Surau dan Masjid Di Subang Jaya kerap di datangi oleh individu2 berpakaian kemas serba putih....ala Arab. Kat surau kita pun selalu juga mereka datang. Kali terakhir selepas solat Jumaat 1Syawal yang lepas. Mereka bergerak dalam kumpulan 2-3 orang.

Mereka mengenalkan diri sebagai pemungut derma bagi khemah pelarian Afghanistan.Dengan berbekalkan beberapa keping gambar dan salinan surat mereka menagih simpati secara 'persistent'.

Benarkah mereka ini memungut derma untuk pelarian/anak yatim seperti yang mereka dakwa?.

Saya dengan beberapa ahli Kariah lain pernah panggil, duduk sekali dan minta identiti serta penjelasan. Dia sebenarnya dari Pakistan dan datang sebagai pelancong. Dia tidak dapat memberi maklumat tentang rekod kutipan harian.

Pengurusan Surau telah lama membuat keputusan tidak membenarkan kutipan ini di buat di perkarangan dan kawasan Surau. Tatacara untuk mengutip derma ada dipapar dipapan kenyataan

Terpulang pada Tuan Puan untuk membuat penilaian sendiri. Namun, jika di datangi oleh individu2 ini, tak salah kalau bertanya tentang rekod kutipan harian serta bukti wang kutipan pernah di berikan kepada rumah/khemah pelarian.

1 comment:

  1. Wallahualam...elok jika kita beri sumbangan terus pada mereka meraka yang memerlukan, melalui agensi agensi yang terkenal saperti Mercy http://www.mercy.org.my atau Islamic relief http://www.irm.org.my

    ReplyDelete