July 30, 2010

Sumbangan 2 : Peluang Untuk Buat Amal Jariah

Jawatankuasa Surau telah meluluskan kerja kerja naiktaraf melalui tender terbuka seperti di bawah:

1. Menambah dua tandas untuk lelaki dan satu bilik mandi. Sedang dalam pembinaan dan dijangka siap sebelum Ramadan 1431H
2.Memasang susur atap disepanjang ruang solat tambahan bagi menahan tempias air hujan dan cahaya matahari.
3.Menambah menara dan tangki air untuk meningkatkan bekalan dan tekanan air di tandas lelaki dan wanita.

Kos kerja naiktaraf tersebut adalah RM45,000 dan kerja di jangka siap sebelum Ramadan 1431H i.e 11hb Ogos 2010

Pihak surau mempelawa semua pihak untuk membuat Amal Jariah untuk tujuan membiayai kos tersebut.. Semua sumbangan melalui cek hendaklah di buat atas nama SURAU AL MADANIAH. Semua sumbangan samada dalam bentuk cek atau tunai hendaklah di serahkan kepada mana- mana AJK Surau . Resit akan di keluarkan untuk semua sumbangan.

Status kerja pada 10/08/2010 :
1. semua kerja yang di sebut di atas telah siap sepenuhnya.Ini adalah untuk keselesaan Ahli Kariah menjalankan ibadat di rumah Allah ini.

2. jumlah sumbangan terkumpul adalah RM 10300 di terima dari 9 penyumbang.

Sesiapa yang ada niat nak menyumbang bolih berhubung dengan Biro Ekonomi Hj Akiah 012 3303456 atau saya sendiri no HP 012 3730760.

No comments:

Post a Comment