February 06, 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431H

Seperti tahun-tahun lepas, Surau Al- Madaniah akan menyambut Maulidur Rasul Tahun 1431H dengan menganjurkan CERAMAH PERDANA dan Program Perarakan. Sambutan tahun ni saya kira agak besar-besaran juga

1 Pada Hari Jumaat 12 Rabiul Awal 1431H bersamaan 26 Febuari 2010
- Ceramah khas selepas solat Maghrib. Penceramah jemputan ialah Ust Nicholas Sylvester @ Berry @ Muhammad Abdullah. Beliau bertugas sebagai tenaga penggerak Hidayah Centre yang bertanggungjawab menjaga kebajikan saudara baru di seluruh Malaysia, berpusat di Kuala Lumpur.
Tajuk ceramah : Rasulullah Insan Teladan Sepanjanag Zaman

- Jamuan makan malam selepas Solat Isyak

2.Pada Hari Sabtu 13 Rabiul Awal 1431H bersamaan 27 Febuari 2010
Perarakan Maulidur Rasul Dari Masjid Al Falah Ke Surau Al Madaniah
7.45 pagi – Berkumpul Di perkarangan Masjid Al Falah
8.00 Pagi - Taklimat ringkas (pembahagian risalah salawat)
8.15 pagi – Perarakan bermula
9.00 pagi – Perakan tiba di Surau Al Madaniah
9.10 pagi - Bacaan Doa dan Selawat beramai-ramai
9-20 pagi – Ucapan Pengerusi Surau Al Madaniah
9.30 pagi - Tazkirah Maulidur Rasul
9.45- pagi -Persembahan dari sekolah- sekolah
10.30- pagi - Penyampaian hadiah dan cenderahati
10.45 pagi - Jamuan makan

Saya akan mengemaskini aturcara sambutan ini. Yang pasti kita perlukan sekurang-kurangnya 60 orang jemaah Al Madaniah untuk turut serta berarak pada tahun ini. Seramai 30 orang akan berarak di bahagian hadapan dan 30 orang lagi di bahagian belakang perarakan. Yang kat depan tu bolih jadi senior citizen la kot. Sebanyak 4 buah sekolah menengah, 4 buah sekolah rendah dan 3 buah Tadika akan turut serta. Kita jangkakan seramai 700 peserta akan turut serta dalam perarakan tahun ini.

Pihak surau ada menyediakan dua buah bas untuk mengangkut pelajar dan peserta Perarakan dari Surau Al-Madaniah ke Masjid AlFalah. Walau bagaimanapun Tuan Puan boleh juga megatur pengangkutan sendiri.

Anggaran perbelanjaan program tahun ini adalah RM13,600. Ianya adalah kurang sedikit dari perbelanjaan sambutan tahun lepas. Keperluan terperinci ada di pamirkan di papan kenyataan surau. Sesiapa yang ingin menyumbang bolehlah berhubung dengan Hj Bawawi atau Hj Zack ( Bendahari Surau)

No comments:

Post a Comment