January 01, 2010

Sejarah Surau Almadaniah

Sejarah Pembinaan Surau Almadaniah bermula dengan satu perbincangan dikalangan beberapa orang ahli kariah pada 3hb, Jun 1999. Hasil dari perbincangan tersebut terbentuklah sebuah Jawatankuasa Sementara yang dipengerusikan oleh Tuan Hj Mohd Rashad Shamsuddin dengan dibantu oleh En. Murad Abd. Ghani (Setiausaha), En. Azmi Mohd Salleh (Bendahari), En. Azlin Ghazali (AJK), En. Alasserim Jasmin Abdul Jalil (AJK) dan En. Azhar Sidek (AJK).

Bermula dari sini beberapa sessi mesyuarat dan perjumpaan dengan Pejabat Daerah Petaling, Jabatan Agama Islam Selangor, Pejabat Agama Islam Daerah Petaling telah diadakan bagi menguruskan perkara-perkara berhubung pembinaan sebuah masjid di atas tapak yang telah di gezetkan.

Pada 5hb. November 2000, satu Jawatan Kuasa Pembinaan Masjid Kariah USJ 16 – USJ 27 telah ditubuhkan dengan dipengerusikan oleh Tn. Hj. Rashad Shamsuddin dan dibantu oleh Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Pen. Setiausaha, Bendahari dan Lapan orang AJK.

Pihak JAIS telah memberi persetujuan dan kelulusan diatas keahlian Jawatankuasa tersebut. Kutipan derma Tabung Pembinaan Masjid dari ahli kariah dan orang ramai dimulakan pada bulan Julai 2001. Bagi melicinkan urusan pembinaan surau ini, pada 3hb. April 2002, satu Jawatankuasa Lembaga Pengurusan Projek telah ditubuhkan dengan dipengerusikan oleh Tn Haji Rashad Shamsuddin dengan dibantu oleh seorang Setiausaha dan sebelas orang Ahli Lembaga bagi memantau perlaksanaan projek masjid.

Memandangkan masalah kewangan yang dihadapi, dan bagi memastikan tapak yang direzabkan untuk masjid tidak terlepas ke tangan orang lain, adalah dipersetujui sebuah surau dibina terlebih dahulu di atas tapak berkenaan. Pembinaan surau AlMadaniah telah dimulakan pada 6hb. November 2002 oleh kontraktor NIL Construction Sdn. Bhd.

Tetapi pada bulan Jun 2003, NIL Construction Sdn. Bhd. telah menarik diri dan kerja penyiapan telah diambil alih oleh Baroh Resources yang merupakan Sub-Kontraktor kepada NIL Construction Sdn Bhd. Kerja pembinaan siap sepenuhnya pada bulan September 2003. Kos keseluruhan pembinaan surau Al-Madaniah ini ialah RM 345,057.11.

Sumber : http://almadaniah.weebly.com/

Nota : Setelah siap bangunan asal surau seperti artikel di atas pihak surau kemudianya telah membuat dua kerja tambahan bagi menambah ruang solat . Akhirnya ia siap seperti yang kita gunakan sekarang

No comments:

Post a Comment