May 12, 2011

Nyamuk Aedes

Semalam lebih kurang pukul 6.45pm, pekerja MPSJ membuat semburan asap nyamuk Aedes berskala besar di USJ 18. Menurut pegawai MPSJ yang turut serta turun padang, satu kes dilapurkan dijalan 1C. Bila ini berlaku semburan sekitar 300M dari tempat kejadian akan dibuat.

.

Terkadang kita ambil mudah dgn bekas2 yang menyebabkan air bertakung. Kita juga tidak ambilhirau dengan rumah2 kosong jiran2 kita yang sedang buat ubahsuai. Bekas2 makanan pekerja kontrek menjadi tempat pembiakan. Ubahsuai kecil pun memakan masa hampir sebulan...cukup untuk tiga pusingan pembiakan nyamuk aedes!.

May 09, 2011

Air Kelapa Muda Bakar

Air kelapa muda memang menjadi minuman exotic kegemaran ramai. Banyak khasiat air kelapa muda. Malah saya sendiri pernah di sarankan doktor supaya minum air kelapa muda sebagai ubat kerana keracunan makanan.Tapi pernahkah saudara mendengar atau dah pernah minum air kelapa muda bakar?.
Khasiatnya di katakan melebihi kehebatan air kelapa muda. Antaranya,ia memperbaiki perjalanan darah dan kandungan tahap kolesterol.

Kelapa muda ini dibakar secara perlahan selama sekurang2nya dua jam sehingga air kelapa di dalamnya mendidih.

Kelapa muda yang panas selepas dibakar ditebuk,airnya yang masih panas di campurkan dengan bunga cengkeh,halia muda dan ramuan lain. Akhirnya di hidang panas didalam kole stainless steel.Ummph...berpeluh semasa dan selepas minum!. Hanya RM3.50 sebiji.


Sesiapa yang nak cuba boleh buat trip kegerai ini di jalan lama Kg Melayu Subang (tak jauh dari Airport lama).

May 05, 2011

Skim Khairat Kematian Etiqa Takaful

Surau Almadaniah telah memulakan Skim Khairat Kematian mulai tahun 2010. Polisi Takaful Etiqa ini akan berakhir pada 6/5/2011.Sempena pembaharuan skim khairat ini kita meminta peserta asal untuk memperbaharui polisi takaful mereka dan mempelawa peserta baru untuk turut serta.Kaunter pembaharuan dan penyertaan baru di buka di surau Al Madaniah setiap hari di bawah kelolaan Hj Zamri Salleh selaku Ketua Biro Kebajikan.

Secara umum skim tersebut mempunyai manfaat spr berikut:
Ahli serta keluarga Yang dilindungi serta manfaat kematian.
1.Ahli (18-65 tahun) Rm 2,000
2.Pasangan (18-65 tahun) RM1,500
3.Anak(sehingga 3 kematian )RM 500

Manfaat ini mungkin kecil tapi ianya elok juga dilihat sebagai usaha membentuk kariah yang bersatu. Perlu juga dinyatakan bahawa kita berurusan terus dengan pihak Etiqa Takaful dan bukan melalui ejen. Sumbangan yang dikenakan bagi satu keluarga hanya sebanyak RM40
Sila berhubung dengan Hj Zamri melalui :
HP : 0192242907
EMAIL : zamrimsalehh@gmail.com

April 27, 2011

Keputusan Golf Silatur Rahim Di Kgsaas 25/4/2011

Syukur Alhamdulillah. Pertandingan tersebut telah berjalan dengan agak lancar.Cuaca pun amat baik. Seramai 24 golfers telah turut serta.Interesting game, Tough fight






Result at a glance (Top five scores from each team):

ROW (Rest Of The World)
1.Hj Roslan H13, 37 Pt
2.Yusree H10,36 Pt
3.Hj Wahab H16, 35Pt
4.Datuk Mohd Nasir H16, 35 pt
5.En Hawari -H 18, 34 Pts
Total = 177 Pts

SAM (Surau AlMadaniah)
1.Zamri Mohamed H14, 37 pts
2.Yaacob Sarani H16, 36 Pts
3.Hilmi Mohd Yunus H22, 35 Pts
4.Bawawi Rusmin H14, 35pts
5.Mahmud Bidin H17, 33 Pts
Total= 176 Pts

So SAM lost 177-176 by a mere one point. Mungkinkah ada golfers SAM saja nak bagi chance kat guest!?.ha ha

Hadiah kepada pemenang.
Lima (5)daripada 8 hadiah adalah dari Penganjur( PPI) berupa kitab 'Indahnya Hidup Bersyariat' karangan Datuk Ismail Kamus. Bagi pemenang yang memileh kitab ini sebagai hadiah elok sangatlah Tuan.... baca,amal dan sampaikan.Ini ilmu yang membawa manfaat. InsyaAllah.



Penganjur mengucapkan ribuan terimakasih kepada yang mengambil bahagian dalam menjayakan pertandingan golf Silatur Rahim ini. Kami juga memohon maaf atas segala kesilapan dan kekurangan

April 22, 2011

Berbasikal:Kayuhan Hidup Sihat MPSJ 2011

Aktiviti berbasikal kini semakin mendapat perhatian umum tanpa mengira peringkat usia. MPSJ terpanggil untuk merangka satu program yang dapat menghimpunkan peminat-peminat sukan ini dengan menganjurkan Kayuhan Hidup Sihat MPSJ 2011.




Ia bukan sahaja menjadi kegiatan riadah untuk menjaga kesihatan tetapi juga dapat mengeratkan perpaduan di kalangan masyarakat yang berbilang bangsa. Dengan adanya program sebegini ia dapat mempromosikan sukan basikal sebagai cara hidup atau lifestyle yang sihat termasuk kempen kesedaran mengenai pencemaran alam yang berlaku dari kenderaan bermotor. Bagi memeriahkan aktiviti ini, MPSJ berasa amat berbangga kerana sebanyak empat kelab berbasikal iaitu Kelab Berbasikal MPSJ, Bukit Jelutong Cycling Club (BJCC), XL Cycling Team, Kelab Due Roda Xtreme Bianchi Cycling dan Kelab Ciclista Cycling akan bersama-sama menyertai program ini. Dua orang mantan pelumba Negara iaitu En. M.Kumaresan dan En. Musairi Musa juga akan turut menyertai program ini.

Kayuhan sejauh 10-15 kilometer ini akan diadakan pada setiap hari Ahad minggu terakhir setiap bulan dan akan bermula pada 24 April 2011 untuk permulaan acara ini akan bermula dan berakhir di Kompleks Sukan Bangunan MPSJ. Untuk makluman, tiga bulan pertama iaitu April, Mei dan Jun aktiviti ini akan dibuat di DUN Subang Jaya dan diikuti dengan DUN Kinrara, DUN Seri Kembangan dan DUN Serdang. Semua lapisan masyarakat yang berumur 12 tahun ke atas digalakkan untuk menyertai program ini kerana ia memberi kesempatan menunggang di jalan raya dengan kawalan keselamatan yang diberikan. Buat permulaan hanya ‘Road Bike’ dan ‘Mountain Bike” sahaja yang dibenarkan. Peserta juga disyaratkan untuk memakai topi keselamatan semasa program berlangsung.

Pihak Majlis ingin menyeru orang awam mengambil peluang ini untuk turut serta di dalam program yang julung kalinya diadakan di kawasan pentadbiran MPSJ. Kepada yang berminat anda boleh menghadirkan diri ke Ibu Pejabat MPSJ pada tarikh yang dinnyatakan. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Bahagian Perhubungan Awam MPSJ di talian 03-80264469 atau layari laman web www.mpsj.gov.my.

Nota :Sekadar berkongsi maklumat. Kalau tiap2 bulan MPSJ buat acara ni elok juga.Mungkin surau kita boleh buat satu team

April 08, 2011

فَصَبْرٌ جَمِيلٌ

Bersabar itulah yang terbaik.
Sabar itu indah.
Menarik sekali dua kuliah subuh Ustaz Syed Norhisyam mengenai pengajaran yang dapat diambil dari Surah Yusuf.

(ustaz Syed Norhisyam juga adalah tenaga pembimbing Imam Muda siri 1 terbitan Astro)

Dalam kehidupan sehari2 manusia tidak lepas dari dugaan dalam pelbagai bentuk. Dalam diri kita sendiri sudah ada nafsu jahat yang perlu di tundukan. Selain dari itu sentiasa ada bisekan jahat iblis yang sentiasa mengajak kita membuat kejahatan. Bergaul dengan orang rendah akhlaknya juga mungkin menjadikan kita terjerumus melakukan kejahatan. Kejahatan itu mungkin ditujukan kepada insan lain dalam bentuk kejahatan fizikal mahupun fitnah. Kejahatan fizikal mungkin membuat orang lain sakit atau pun menemui ajal. Kejahatan fitnah mengaibkan sesaorang dimata keluarga dan masyarakat.Hingga mungkin ia dipandang hina dan tidak dipercayai lagi.

Islam mengajar umatnya supaya menghindari diri dari terlibat dengan perbuatan menganiaya secara fizikal mahupun fitnah. Namun, apakah daya kita sekiranya kita pula adalah menjadi mangsa penganiayaan?.

Satu peristiwa di sebut dalam Al Quran reaksi Nabi Allah Yaakub apabila di beritahu putera2nya bahawa nabi Yusuf telah di baham serigala. Baginda berkata kepada putera2nya:
Sebenarnya dirimu lah yang memandang baik perbuatan yang buruk itu. Maka bersabar itulah yang lebih baik bagiku, dan kepada Allah sahajalah aku bermohon pertolongan terhadap apa yang kamu ceritakan ini '. Surah Yusuf ayat 18.

Dalam sejarah hidup Rasullullah SAW disebut satu peristiwa dimana Isteri Baginda, Saidatina Aishah pernah di katakan berlaku curang bersama seorang pemuda bernama Shafwan Bin AlMuattal. Berita itu diapi-apikan lagi oleh Abdullah Bin Ubay. Berita ini sampai ke pengetahuan Rasullulah dan Baginda terganggu olehnya. Baginda bertanya kepada Saidatina Aishah dan meminta nya bertaubat jika berita itu benar. Apakah jawapan Aishah?

Demi Allah, sesakali tidak akan aku bertaubat seperti yang kau sebutkan itu.Saya tahu sekiranya saya mengiakan apa yang dikatakan orang itu, sedang Allah mengetahwi bahawa saya tidak berdosa, bererti saya telah mengatakan sesuatu yang tidak ada. Sebaliknya kalau saya bantah,kalian tidak akan percaya.
Dia terdiam sebentar dan kemudian menyambung.

'Saya hanya dapat berkata apa yang dikatakan oleh ayah Yusuf "Maka sabar itulah yang terbaik bagiku,dan hanya Allah tempat aku bermohon pertolongan atas apa yang kamu ceritakan itu"'

Jelas cerita nabi Yusuf sebagaimana yang ada dalam AlQuran mengingatkan bahawa sifat dengki dan irihati dan masalah yang berkait dengan nya telah ada sejak dahulu lagi. Sifat dengki ini ada walaupun dikalangan adik beradik dan dalam dalam kes Saidatina Aishah ia melibatkan madu, ipar duai serta golongan munafik yang sentiasa ingin mengambil kesempatan.

Jangan lah sesekali kita memberi ruang di hati kita kepada sifat irihati, dengki ,dendam dalam kehidupan kita. Itu adalah pujukan Iblis yang bagaikan serigala. Setiap kali kita halau ia tetap akan datang lagi dan dari pelbagai penjuru. Sekiranya terikut pujukannya, ingatlah sesungguhnya Allah itu maha adil pembalasanNya dan siksaanNya amatlah perit.

Dalam menghadapi apa jua masalah,kita hendaklah berusaha mencari penyelesaian dan dalam masa yang sama bersabar dan yakin dengan ketentuan Allah yang bersifat maha Pemurah, maha Adil dan maha Mengasehani.

Selalulah mengingatkan diri dengan ayat pendek ini:
فَصَبْرٌ جَمِيلٌ yang bermaksud bahawa 'bersabar itulah yang terbaik"

Nota : Tulisan ini adalah dari pemahaman saya ttg intipati kuliah dan saya lengkapkan melalui pembacaan. Saya memohon maaf kepada semua pembaca atas kekurangan dan kesilapan. Kepada Allah SWT saya beristigfar.

March 31, 2011

Buah Tunjuk Langit

Pernah dengar nama pokok tunjuk langit tak?.
Semalam semasa bermain golf di Kelab Golf Kota Permai saya di beri penerangan oleh buggymate ttg pokok ini. Sepohon pokok ni ada dekat green lubang no 10.Pokoknya rendang dan tingginya lebih kurang 40 kaki. Sayang, saya tak bawa kamera dan terlupa nak snap guna handphone. Saya agak bertuah pokok ni sedang berbuah dan beberapa biji buahnya jatuh ketanah. Kulitnya keras dan punya 5 pangsa. Apabila masak ia jatuh dan pecah. Bertaburan isinya dan saya turut kutip beberapa 'helaian' isinya. Tengok gambar ni.



Ini adalah gambar bijian buah tunjuk langit yang saya ambek. Dalam sebiji buah tunjuk langit ada berpuluh 'helaian' bijian. Saya guna perkataan 'helaian' kerana ia ringan macam kertas. Dalam helaian ini ada bijian yang berwarna putih seperti di atas. Ia besar sikit dari isi kuaci. Rasanya ...pahittttt teramat sangat!!. Kesannya hebat...badan terasa ringan, kurang mengantuk dan tak penat.

Kagum dengan kesan buah ni membuat saya mencari info tentang pokok ini di internet. Ia adalah dari kumpulan species kayu balak Mahogany dan dikenali juga dengan sky fruit . Cara terbaik makan buah ini adalah makan fresh sama dengan makan kuaci. Kunyah dan telan. Video di bwh cerita ttg khasiat buah tunjuk langit ini. Cuba tengok kjp. Bukan nak promote cuma sekadar nak berkongsi.





Subhanallah..Maha suci Allah yang menjadikan segala yang ada dan melata di bumi ini.