December 25, 2011

Golf Amal ' AL MADANIAH OPEN 20X1'

Syukur Alhamdulillah, aktiviti tersebut telah berjalan dengan lancar. Seramai 68 orang Golfers telah turut serta.



Pemenang Medal A
1. Sherman Francis Xavier, Hcap 6, 39 Points
2. Shahrul, Hcap 9, 37 Points
3. Abd Wahab Haron, Hcap 13, 36 points
4. Serit, Hcap 13, 36 pts
5. Wan Haidar, Hcap 15, 36 pts
6. Hasbullah, Hcap 14, 35 pts
7. Barry Teoh, Hcap 15, 35 pts
8. Mohd Farid Omar, Hcap 16, 35 pts
9. Norazmi Mohd, Hcap12, 34 pts
10. Mohamad Azhari Zud , Hcap15, 34 pts

Pemenang Medal B
1. Abd Rauf Abdullah, Hcap 19, 35 pts
2. Dato' Zanzali, Hcap 20, 35 pts
3. Hassan Suray, Hcap 21, 35 pts
4. Isma Haris Ghazali, Hcap 20, 32 pts
5. Haider Kadhim Salem, Hcap 20, 32 pts
6. Othman Ismail Hcap 20, 31 pts
7. John Tan, Hcap 24, 31 pts
8. Abd Malek Omar, Hcap 19, 30 pts
9. Mohd Fadhil Mohd Tap, Hcap 22, 30 pts
10 Hilmy Yunus, Hcap 22, 30 pts
Overall Champion

Luckiest golfer for the day

November 16, 2011

Pertandingan Golf Amal Surau Al Madaniah 20x1


Salam Kpd Semua,
Adalah di maklumkan bahawa Golf Amal Al Madaniah di jadualkan seperti berikut.
Tarikh : 15hb Dec 2011 (Khamis)
Tempat : Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah
Masa Tee Off : 7.30 pagi
Tarikh tutup penyertaan : 1 Dec 2011
Sumbangan minima Golf Amal : ≥ RM1,400/Flight atau ≥ RM350 seorang
Sumbangan Surau Al-Madaniah : Secara ikhlas

Tujuan aktiviti ini adalah untuk menderma kepada anak yatim sempena pembukaan sesi sekolah 2012 dan juga untuk menambah dana Surau. Mohon kerjasama untuk menjayakan aktiviti ini. Ianya tidak terhad kepada pemain golf sahaja. Non golfers pun boleh turut menyumbang. InsyaAllah, pihak penganjur akan menghadiahkan ( bukan jual) Baju T/ Baju lengan panjang kepada semua penyumbang yang menyumbang melebihi RM 50.

* T- shirt lelaki warna ni (brownish)
* Baju labuh muslimat warna ni (yellowish)

Borang sumbangan dan sample baju akan di pamirkan di SAM selewat2nya Dec 1, InsyaAllah.
Satu banner akan di pasang di perkarangan SAM sebagai salah satu promosi selain pengumuman di surau dan surat- surat jemputan secara langsung kepada 'potential contributors'.

Wassalam
Ysa

November 04, 2011

Puasa Hari Arafah

Puasa Arafah ( 9 Zulhijjah)
Puasa sunat pada hari kesembilan Dzulhijjah bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Pada tahun ini 9 Zulhijjah jatuh pada hari Sabtu bersamaan 5 Nov 2011....esok. Jom kita rebut peluang ini!

November 02, 2011

Pecah Surau.... Curi Tabung

Ada orang Islam yang datang ke surau atau Masjid bukan untuk beribadat..tapi buat maksiat.Ada yang datang untuk pancing duit dari tabung masjid dan akhir2 ini ada pula kumpulan yang pecah Masjid/ Surau dan mencuri Tabung Peti Besi Masjid/surau.




Kita bersimpati pada guru2 yang pernah mendidek, kawan2 yang rapat dan ibu2 yang melahirkan mereka!

August 30, 2011

Menyambut 1 Syawal di Surau Al Madaniah

Hari ini, 1 Syawal 1432H adalah hari kemenangan kepada kita yang telah berjaya berpuasa selama sebulan dan berjaya menundukan nafsu. Semoga tarbiyah sebulan bulan Ramadan yang baru berlalu dapat kita amalkan pada hari2 yang akan datang. Insya Allah. Kepada semua, Selamat Hari Raya Eidul Fitri Maaf Zahir & Batin.

(Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas dan layari/add juga facebook Surau al Madaniah di http://www.facebook.com/groups/127837690572144/)


Jemaah Al Madaniah

Remaja Al Madaniah

Hero2 kecil Al Madaniah


Merayakan Eidul Fitri di Negara Orang. Pembantu2 Sambutan Ramadan Al Mubarak Surau Al Madaniah

Father son


Father and Sons


Like father like sons

July 30, 2011

Kembalinya Seorang Sahabat

Dia lah yang mula memberi salam tiap kali berjumpa. Setiap kali apabila berjabat tangan tak lupa dia bertanya khabar di selit dengan doa' apa khabar orang kaya?'. Begitu lah dia dengan sahabat-sahabat setiap kali berjumpa.Banyak kali sebelum bersolat beliau mengeluarkan botol kecil wangian untuk di kongsi bersama. Beliau yang berasal dari Bruas Perak hidup sederhana, banyak harta beliau infak kan kebanyakkannya untuk surau dan masjid di Msia dan juga India. Disamping itu beliau banyak membuat kerja-kerja amal dan di kenali oleh ramai ahli kariah beberapa buah masjid dan surau.



Semalam jam 9.50 pm pada usia 67 tahun beliau kembali ke Rahmatullah. Hari ini, beliau berada di hadapan imam, dengan jasad kaku, di solatkan oleh lebih dari 600 orang para sahabat jauh dan dekat. Imam masjid Al Falah, Ustaz Azian meminta hadirin berurusan dengan menantu beliau sekiranya ada hutang yang belum di selesaikan dan sekiranya tidak di tuntut minta di halalkan sahaja kerana sambung beliau .....sesungguhnya arwah semasa hayatnya adalah seorang yang baik. Saya rasa sebak. Saya turut mengusung keranda ke van jenazah dan terasa amat ringan dan berbau harum. Di tanah perkuburan cuaca yang mendung menjadi lebih dingin bila angin bertiup. Setelah talkin, tahlil dan doa di baca kembalilah dia ...semoga sebagai roh jiwa yang tenang.

"Hai jiwa yang tenang.Kembalilah kepada Tuhamu dengan hati yang puas lagi diridhaiNya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hambaKu. Masuklah ke dalam surgaKu"
( Maksud surah Al-Fajr :ayat 27-30)


Al Fatehah untuk arwah Haji Abdul Haq.

July 05, 2011

Israk Mikraj dan Kefardhuan Solat

Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian Baginda, setahun sebelum tahun Hijriah, kira-kira 1433 tahun yang lalu. Dalam peristiwa ini, Rasullulah telah di jemput secara fizikal dan di perjalankan dari Mekah Ke Baitul maqdis, dan seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy adan akhirnya menerima kefardhuan solat 5 waktu.Ini menggambarkan bagaimana pentingnya solat 5 waktu sebagai tiang agama dimana Rasullulah sendiri mengadap ALLAH SWT untuk menerimanya. Ini berbanding dengan kefardhuan rukun islam yang lain seperti puasa, zakat dan naik haji hanya di turunkan melalui Malaikat Jibrail AS.

Bagaimanakah kesungguhan kita dalam menunaikan solat ?


Persoalan kefardhuan solat ini di kupas mantap oleh Ustaz ustaz Syed Norhisyam sebagai intipati ketiga kuliah subuh 3/7/2011 beliau di surau Al Madaniah. Beliau mengaitkan dengan peritiwa hari- hari terakhir Syaidina Umar Alkhattab (Saidina Umar ibni al-Khattab (Arab, عمر بن الخطاب) (c. 581 - November, 644).
Pada satu suboh kira2 1367 tahun yang lalu, Syaidina Umar sedang mengimamkan solat subuh di Masjid Nabawi bila beliau ditikam dengan kerambit beracun oleh seorang Majusi yang bernama Abu Lu'Lu'. Beliau rebah dengan perut terburai dan usus perut baginda putus. Para sahabat yang lain meneruskan solat dengan Syaidinna Othman Affan mara ke hadapan menjadi imam. Para sahabat tahu peri pentingnya solat dan ia tidak boleh di berhentikan.

Apabila selesai jemaah bersolat barulah para sahabat memapah baginda dan ayat pertama keluar dari pemimpin agung ini merupakan satu soalan:
" Selesaikah sudah solat subuh kita?".
Beliau mengucapkan Alhamdulillah seterusnya di beri minum susu. Susu tersebut setelah Baginda minum keluar mengalir dari usus baginda yang putus. Baginda pengsan sebentar. Apabila terjaga Baginda berbisek meminta air. Anaknya memberitahu.... Ya ayahanda, bagaimana ayah nak minum sedang susu yang ayah minum tadi pun telah keluar melalui usus ayah. Lalu Syaidinna Umar RA menjawab bahawa baginda bukan nak minum tapi hendak berwuduk untuk menyelesaikan solat subuh baginda..... ( rasa sebak kita dengar sejarah ini)

Mesej yang hendak di sampaikan ialah kita jangan abaikan solat 5 waktu dalam keadaan sakit macam mana jua sekalipun. Hendaklah kita sentiasa ambil tahu tentang solat orang-orang yang dalam tanggungan kita. Jangan bertangguh dan sentiasalah berusaha menambah baik quality solat kita dari semua sudut.

Nota : Tulisan ini adalah dari pemahaman saya ttg intipati kuliah dan saya lengkapkan melalui pembacaan. Sebenarnya ada tiga points/intipati kuliah. Namun, sekadar ini yang saya cuba kongsi. Saya memohon maaf kepada semua pembaca atas kekurangan dan kesilapan. Kepada Allah SWT saya beristigfar.