November 04, 2011

Puasa Hari Arafah

Puasa Arafah ( 9 Zulhijjah)
Puasa sunat pada hari kesembilan Dzulhijjah bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Pada tahun ini 9 Zulhijjah jatuh pada hari Sabtu bersamaan 5 Nov 2011....esok. Jom kita rebut peluang ini!

November 02, 2011

Pecah Surau.... Curi Tabung

Ada orang Islam yang datang ke surau atau Masjid bukan untuk beribadat..tapi buat maksiat.Ada yang datang untuk pancing duit dari tabung masjid dan akhir2 ini ada pula kumpulan yang pecah Masjid/ Surau dan mencuri Tabung Peti Besi Masjid/surau.




Kita bersimpati pada guru2 yang pernah mendidek, kawan2 yang rapat dan ibu2 yang melahirkan mereka!

August 30, 2011

Menyambut 1 Syawal di Surau Al Madaniah

Hari ini, 1 Syawal 1432H adalah hari kemenangan kepada kita yang telah berjaya berpuasa selama sebulan dan berjaya menundukan nafsu. Semoga tarbiyah sebulan bulan Ramadan yang baru berlalu dapat kita amalkan pada hari2 yang akan datang. Insya Allah. Kepada semua, Selamat Hari Raya Eidul Fitri Maaf Zahir & Batin.

(Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas dan layari/add juga facebook Surau al Madaniah di http://www.facebook.com/groups/127837690572144/)


Jemaah Al Madaniah

Remaja Al Madaniah

Hero2 kecil Al Madaniah


Merayakan Eidul Fitri di Negara Orang. Pembantu2 Sambutan Ramadan Al Mubarak Surau Al Madaniah

Father son


Father and Sons


Like father like sons

July 30, 2011

Kembalinya Seorang Sahabat

Dia lah yang mula memberi salam tiap kali berjumpa. Setiap kali apabila berjabat tangan tak lupa dia bertanya khabar di selit dengan doa' apa khabar orang kaya?'. Begitu lah dia dengan sahabat-sahabat setiap kali berjumpa.Banyak kali sebelum bersolat beliau mengeluarkan botol kecil wangian untuk di kongsi bersama. Beliau yang berasal dari Bruas Perak hidup sederhana, banyak harta beliau infak kan kebanyakkannya untuk surau dan masjid di Msia dan juga India. Disamping itu beliau banyak membuat kerja-kerja amal dan di kenali oleh ramai ahli kariah beberapa buah masjid dan surau.



Semalam jam 9.50 pm pada usia 67 tahun beliau kembali ke Rahmatullah. Hari ini, beliau berada di hadapan imam, dengan jasad kaku, di solatkan oleh lebih dari 600 orang para sahabat jauh dan dekat. Imam masjid Al Falah, Ustaz Azian meminta hadirin berurusan dengan menantu beliau sekiranya ada hutang yang belum di selesaikan dan sekiranya tidak di tuntut minta di halalkan sahaja kerana sambung beliau .....sesungguhnya arwah semasa hayatnya adalah seorang yang baik. Saya rasa sebak. Saya turut mengusung keranda ke van jenazah dan terasa amat ringan dan berbau harum. Di tanah perkuburan cuaca yang mendung menjadi lebih dingin bila angin bertiup. Setelah talkin, tahlil dan doa di baca kembalilah dia ...semoga sebagai roh jiwa yang tenang.

"Hai jiwa yang tenang.Kembalilah kepada Tuhamu dengan hati yang puas lagi diridhaiNya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hambaKu. Masuklah ke dalam surgaKu"
( Maksud surah Al-Fajr :ayat 27-30)


Al Fatehah untuk arwah Haji Abdul Haq.

July 05, 2011

Israk Mikraj dan Kefardhuan Solat

Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian Baginda, setahun sebelum tahun Hijriah, kira-kira 1433 tahun yang lalu. Dalam peristiwa ini, Rasullulah telah di jemput secara fizikal dan di perjalankan dari Mekah Ke Baitul maqdis, dan seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy adan akhirnya menerima kefardhuan solat 5 waktu.Ini menggambarkan bagaimana pentingnya solat 5 waktu sebagai tiang agama dimana Rasullulah sendiri mengadap ALLAH SWT untuk menerimanya. Ini berbanding dengan kefardhuan rukun islam yang lain seperti puasa, zakat dan naik haji hanya di turunkan melalui Malaikat Jibrail AS.

Bagaimanakah kesungguhan kita dalam menunaikan solat ?


Persoalan kefardhuan solat ini di kupas mantap oleh Ustaz ustaz Syed Norhisyam sebagai intipati ketiga kuliah subuh 3/7/2011 beliau di surau Al Madaniah. Beliau mengaitkan dengan peritiwa hari- hari terakhir Syaidina Umar Alkhattab (Saidina Umar ibni al-Khattab (Arab, عمر بن الخطاب) (c. 581 - November, 644).
Pada satu suboh kira2 1367 tahun yang lalu, Syaidina Umar sedang mengimamkan solat subuh di Masjid Nabawi bila beliau ditikam dengan kerambit beracun oleh seorang Majusi yang bernama Abu Lu'Lu'. Beliau rebah dengan perut terburai dan usus perut baginda putus. Para sahabat yang lain meneruskan solat dengan Syaidinna Othman Affan mara ke hadapan menjadi imam. Para sahabat tahu peri pentingnya solat dan ia tidak boleh di berhentikan.

Apabila selesai jemaah bersolat barulah para sahabat memapah baginda dan ayat pertama keluar dari pemimpin agung ini merupakan satu soalan:
" Selesaikah sudah solat subuh kita?".
Beliau mengucapkan Alhamdulillah seterusnya di beri minum susu. Susu tersebut setelah Baginda minum keluar mengalir dari usus baginda yang putus. Baginda pengsan sebentar. Apabila terjaga Baginda berbisek meminta air. Anaknya memberitahu.... Ya ayahanda, bagaimana ayah nak minum sedang susu yang ayah minum tadi pun telah keluar melalui usus ayah. Lalu Syaidinna Umar RA menjawab bahawa baginda bukan nak minum tapi hendak berwuduk untuk menyelesaikan solat subuh baginda..... ( rasa sebak kita dengar sejarah ini)

Mesej yang hendak di sampaikan ialah kita jangan abaikan solat 5 waktu dalam keadaan sakit macam mana jua sekalipun. Hendaklah kita sentiasa ambil tahu tentang solat orang-orang yang dalam tanggungan kita. Jangan bertangguh dan sentiasalah berusaha menambah baik quality solat kita dari semua sudut.

Nota : Tulisan ini adalah dari pemahaman saya ttg intipati kuliah dan saya lengkapkan melalui pembacaan. Sebenarnya ada tiga points/intipati kuliah. Namun, sekadar ini yang saya cuba kongsi. Saya memohon maaf kepada semua pembaca atas kekurangan dan kesilapan. Kepada Allah SWT saya beristigfar.

June 13, 2011

Selamat Menyambut Hari Bapa

Saya terima Sms awal dari anak bongsu sempena 'Hari Bapa'. Saya sendiri tak perasan tentang Hari Bapa ni. Tarikh sebenar ialah pada 19th June...cuti umum!!.



Persiapkan diri kita untuk menjadi seorang yang beriman. Menjadi anak yang sentiasa menjaga dan mendoakan kebaikan kepada Ibuayah semasa mereka masih hidup. Sekiranya mereka telah pergi kealam Barzah, panjatkanlah doa kepada Allah SWT semoga roh mereka ditempatkan bersama kalangan roh orang yang beriman.

June 08, 2011

Majlis Bacaan Yassin,Tahlil dan Doa Selamat ( 2)

Di surau kita, dalam kuliah mingguannya, Uztaz Dahim berkali2 menyatakan bahawa jumhur ulamak berpendapat bahawa pahala Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat, insyaAllah akan sampai kepada roh simati di Alam Barzah sana.

Namun kita juga biasa mendengar pendapat yang tidak bersetuju dengan majlis seumpama itu di adakan samada di masjid atau di rumah persendirian. Sebab yang biasa kita dengar ialah ianya tidak dibuat oleh Rasullullah SAW.

Saya berpeluang menghadiri satu kuliah oleh Uztaz Mohd Syukri Abdullah seorang pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA)yang menghuraikan permasalahan ini. Beliau memberi perspective baru bagi saya bagi isu yang dah lama. AlQuran adalah kalam Allah, yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan membacanya diberi pahala ibadat.Membacanya dengan menjaga adab dan dengan bacaan yang betul akan memberi banyak fadhilat kepada kita. Rasullullah SAW pernah bersabda:
1." Bacalah Al Quran, ia akan datang pada Hari Kiamat memberi syafaat kepada tuannya"
2."Sebaik-baik diantara kamu ialah mereka yang belajar dan mengajar AlQuran" (Sahih Muslim)

Setiap muslim yang ingin membaca Al Quran mesti membaca dengan mematuhi/mengikut tiga rukun yang utama:
1.Bertepatan dengan bacaan Rasullullah SAW.(sanad)
2.Bertepatan dengan bahasa Arab
3.Bacaan yang bertepatan dengan Rasm alUthmani

Ketidak upayaan memahami dan menguasai ketiga2 rukun di atas menyebabkan terdapat kesalahan dalam bacaan (al-Lahn).Ini merujuk kepada bacaan yang melencong atau menyeleweng daripada bacaan asal yang menyebabkan kesalahan dalam bacaan. Kesalahan (al-Lahnu)ini terdiri dari kesalahan besar dan kesalahan kecil. Bagi kesalahan bacaan yang besar (Al-Jaliy), sepakat ulamak mengatakan adalah haram dan berdosa. Antara kesalahan ini adalah:
1.bertukar huruf
ii. mematikan huruf yang berbaris
iii. memanjang bacaan yang pendek atau sebaliknya
1v.Tidak mentasydidkan huruf yang bertasydid atau sebaliknya
v. Salah tempat waqaf

Kesalahan2 kecil (Alkhafiy) yang berlaku semasa dalam bacaan pula antaranya adalah:
i.Mengizharkan tempat yang idgham, ikhfa, iqlab atau sebaliknya.
ii Menebalkan (tafkim) di tempat yang nipis (tarqiq)
iii.Melebihkan bacaan panjang pada Mad Asli dan sebaliknya
iv.Menghilangkan dengung pada huruf nun dan mim yang bertasyid.

Di majlis bacaan Yassin secara jemaah, yang mana tahap penguasaan bacaan adalah berbeza, adalah amat pasti akan ada jemaah yang membaca dengan kesalahan2 tersebut di atas. Adalah di takuti bahawa dosa bacaan yang salah tersebut, bukan sahaja pada sipembaca tetapi juga kepada yang menganjurkan dan kepada JK Masjid, jika majlis tersebut di adakan di Masjid/Surau.

Kesalahan dalam bacaan hanyalah dibolehkan semasa dalam proses belajar. Sehubungan dengan ini, selayaknya lah sekiranya majlis itu hendak juga di adakan, semua jemaah perlu membaca mengikut imam dengan niat belajar.Ahli keluarga pula sepatutnya bersama2 dalam majlis dan bukan sebok menyediakan hidangan!.

Saya bersetuju bahawa di kebanyakan majlis seumpama ini aspek membaca mengikut imam, dosa berkait dengan bacaan AlQuran yang salah, serta berniat belajar semasa membaca amat kurang di peringatkan kepada jemaah/hadirin. Sehubungan dengan ini, marilah kita sentiasa belajar membaiki bacaan AlQuran kita dan dimajlis2 bacaan surah Yassin, surah al-Kahfi dsbnya bacalah mengikut imam.
Wallahu Aklam.

Nota : Sebahagian besar isi posting ini adalah dari nota kuliah Uztaz Mohd Syukri Abdullah. Namun, segala kesalahan adalah kesilapan dari pemahaman saya sendiri. Kepada Allah SWT saya beristigfar dan kepada yang membaca saya mohon kemaafan.