August 18, 2010

Surau Dapat Sumbangan Dua Buah Aircon Split Unit 2HP

Seorang hamba Allah ahli kariah telah bermurah hati menderma dua unit aircon 2 HP. Kedua dua unit tersebut di pasang di bahagian belakang ruang solat utama dan mula di gunakan malam tadi bermula sewaktu solat Maghrib. Suasana menjadi lebih nyaman dari malam malam sebelum ini tambahan pula cuaca yang sudahpun dingin sebab hujan turun sepanjang petang.

Kalau tak silap kiraan saya ruang solat utama kita sekarang dah punya 7 aircon dengan jumlah 15HP. Sepatutnya, walau dalam keadaan cuaca panas tiada masalah nak mengekalkan suhu pada sekitar 22-24 Celcius. Namun penggunaan yang berhemah dan kerjasama semua ahli Kariah perlu dalam mempastikan semua pintu di tutup.

Caranya mudah sahaja.....kita tutup pintu selepas kita masuk ke ruang solat utama.

Kita mengucapkan terimakasih kepada penyumbang dan berdoa semoga beliau serta keluarga sentiasa di rahmati dan di berkati Allah SWT.

August 17, 2010

Selamat Hari Jadi Tuan Haji

Apa keberangkalian harijadi anda jatuh pada bulan Ramadan Al Mubarak.Kalau tak tahun ni pun... pada tahun tahun akan datang??.

Selamat Harijadi Tuan Haji Zamri Salleh ketua Biro Kebajikan Surau Al Madaniah. Hari jadi beliau yang kexx jatuh pada hari semalam 5hb Ramadan 1431H/16hb Ogos 2010.

What better way to celebrate other than dengan menjamu ahli kariah berbuka puasa dan morey. Terima kasih atas jamuan.....sedap sehingga mencari lauk dan nasi tambah. haha

Kita doakan semoga beliau dan keluarga mendapat rahmat, panjang umur dalam keimanan serta dimurah rezeki oleh Allah SWT.

August 13, 2010

Keselamatan Kenderaan Sewaktu Solat Terawih

Keselamatan Kenderaan Tuan Puan adalah keutamaan JK Surau.
Tahun ini Jk Surau melalui Biro Keselamatan dan Keceriaan di bawah Sdr. Hilmi telah menyediakan tiga orang parking attendents cum pengawal keselamatan. Kawasan surau adalah off limit pada semua kenderaan. Kawasan tempat letak kereta utama lebih terang setelah pihak DIGI membaiki lampu di menara

Ahli jemaah di nasehatkan meletak kereta di Kawasan tempat letak kereta utama dimana dua orang pengawal sentiasa berkawal 7-11 pm setiap malam. Kawasan luar berhampiran kawasan rumah kedai juga dikawal. Walau bagaimana pun kawasan ini mengikut pengalaman saya adalah kurang selamat. Tahun lepas ada dua kejadian pecah cermin kereta di situ.

Kadang terfikir juga kenapalah pencuri ni target kereta orang yang nak beribadat?

Jom Bermoto Antik

Sejak beberapa hari ni waktu solat subuh ada banyak kereta kat surau . Parking kat kawasan surau tak cukup dan ramai yang park kat main parking area kat luar. Malas nak terlanggak-langgak cari parking (dtg lambat itu la pasal) saya naik motorsikal (moto).Saya perhati ramai juga yang kesurau waktu solat subuh naik moto.

Pagi ni Sdr Mokhtar panggil saya mintak tolong cari Honda C70 cc model lama. Jepun panggil model passport.Saya rasa model ni tak susah sangat nak cari. Lampu depan dan lampu signal bulat sama dengan yang Tuan OCPD Malek guna sekarang. Model yang ni

http://en.wikipedia.org/wiki/Honda_C70

Saya ada motor antik 50 cc model C100. Agak tua juga registered 1961 no plat AD22xx. Model yang ni

http://en.wikipedia.org/wiki/Honda_Super_Cub

Dah dua tahun moto ni tak jalan. Hari ni Mokhtar nak tolong hantar workshop. Naik lori pick up hantar kat Puchong...timbal balas saya tolong carikan dia Honda passpot tu..Ha ha

Insya Allah lepas raya ni akan ada beberapa moto Honda antik kat Surau Al Madaniah. Mana tahu kita boleh tubuh Kelab Moto Antik Al Madaniah (KMAA).Ada yang minat nak join??

August 12, 2010

We aim to please and request you to aim too...please

Projek naik taraf surau yang baru selesai melibatkan penambahan 2 buah tandas jenis duduk dan sebuah bilek mandi. In total kita ada:
- dua tandas cangkung
- dua tandas jenis duduk
- sebuah bilek mandi

Saya dah berkesempatan mengguna tandas baru ni.... selesa siap dengan downlight dan ventilation fan.Kita berharap sangat supaya dapat sama sama menjaga kebersihan tandas ini. Kalau kita biasa guna tandas jenis mencangkung jangan lah guna tandas duduk seperti cara kita guna jenis tandas mencangkung!!haha.

Satu lagi jangan lupa atau buat-buat lupa tanggal kasut atau silipar. Tolonglah guna silipar jepun atau terompah yang di sediakan.

Ada cadangan lain (yang praktikal, do able dan cost effective) supaya tandas surau ni sentiasa bersih???

August 11, 2010

Berkenalan Dengan Imam Hafiz Surau Al Madaniah

Kita ada dua orang Imam Hafiz untuk memimpin kita Solat Tarawih sepanjang bulan Ramadan ini. Mereka telah tiba pada hari Ahad yang 8/8/10 yang lepas.

Ustaz Hafizun Bin Husin berasal dari Cendering Kuala Terengganu sementara Ustaz AlifAzri Bin Husni pula berasal dari Pasir Mas Kelantan.

Kedua dua imam muda ini adalah lepasan Sekolah Tahfiz Kubang Bujuk Terengganu. Imam Resident kita, Ustaz Syukri juga adalah dari sekolah Tahfiz yang sama.....kira junior/senior la ni.

Mari lah kita sama sama memberikan kerjasama sepanjang masa sebulan mereka bertugas di surau Al Madaniah

Sumbangan 3 : Untuk Jamuan Persediaan Bersahur

Surau Al Madaniah akan mengadakan program Qiamullail pada 10 hari terakhir Ramadan ( 21-30 Ramadan). Program tersebut akan di susuli oleh jamuan Bersahur untuk persedian berpuasa pada ke esokan harinya.

Kita meanggarkan seramai 50-70 jemaah akan turut serta dalam program ini. Kos jamuan Bersahur ini adalah RM 600 setiap malam.Seperti tahun tahun yang lepas kita memberi peluang kepada peserta Qiamullail dan juga ahli Kariah untuk turut menyumbang membiayai kos ini.

Sumbangan boleh di buat secara Penaja Tunggal RM 600 atau pun secara bersama dengan satu bahagian sebanyak RM 100

Borang telah sedia di papan kenyataan surau. Sesiapa yang ada niat nak menyumbang jangan tanguh tanguh tanguh.(- .....terus berhubung dengan Biro Ekonomi Hj Akiah 012 3303456 atau saya sendiri no HP 012 3730760.