March 31, 2011

Buah Tunjuk Langit

Pernah dengar nama pokok tunjuk langit tak?.
Semalam semasa bermain golf di Kelab Golf Kota Permai saya di beri penerangan oleh buggymate ttg pokok ini. Sepohon pokok ni ada dekat green lubang no 10.Pokoknya rendang dan tingginya lebih kurang 40 kaki. Sayang, saya tak bawa kamera dan terlupa nak snap guna handphone. Saya agak bertuah pokok ni sedang berbuah dan beberapa biji buahnya jatuh ketanah. Kulitnya keras dan punya 5 pangsa. Apabila masak ia jatuh dan pecah. Bertaburan isinya dan saya turut kutip beberapa 'helaian' isinya. Tengok gambar ni.



Ini adalah gambar bijian buah tunjuk langit yang saya ambek. Dalam sebiji buah tunjuk langit ada berpuluh 'helaian' bijian. Saya guna perkataan 'helaian' kerana ia ringan macam kertas. Dalam helaian ini ada bijian yang berwarna putih seperti di atas. Ia besar sikit dari isi kuaci. Rasanya ...pahittttt teramat sangat!!. Kesannya hebat...badan terasa ringan, kurang mengantuk dan tak penat.

Kagum dengan kesan buah ni membuat saya mencari info tentang pokok ini di internet. Ia adalah dari kumpulan species kayu balak Mahogany dan dikenali juga dengan sky fruit . Cara terbaik makan buah ini adalah makan fresh sama dengan makan kuaci. Kunyah dan telan. Video di bwh cerita ttg khasiat buah tunjuk langit ini. Cuba tengok kjp. Bukan nak promote cuma sekadar nak berkongsi.





Subhanallah..Maha suci Allah yang menjadikan segala yang ada dan melata di bumi ini.

March 24, 2011

Ahli Kariah SAM Menjadi Tetamu Allah SWT

Syukur Alhmdulillah. Hari ini lebih kurang pukul 3pm, 10 orang ahli kariah kita selamat berangkat menunaikan umrah. Semoga semuanya selamat pergi dan selamat kembali ketanahair.

Labbaik Allâhumma labbaik,
labbaik lâ syarîka laka labbaik,
inna al-hamda,
wan ni’mata
laka wal-mulk,
lâ syarî ka-lak

Ertinya:
Aku datang ya Allah,
aku datang memenuhi panggilan-Mu;
Aku datang, tiada sekutu bagi-Mu,
aku datang; Sesungguhnya segala pujian,
segala kenikmatan, dan seluruh kerajaan,
adalah milik Engkau;
tiada sekutu bagi-Mu.


Umrah kali pertama buat Uztaz Syukri...imam surau AlMadaniah. Masa sarapan pagi tadi berkali2 beliau lafaz syukur kehadrat Allah SWT dan terimakasih pada semua ahli kariah. Semoga Allah menyampaikan juga hajat mereka yang menolong menyampaikan hajat imam kita ni ke Mekah. InsyaAllah.




Terimakasih. Dia belanja dia served. Imam muda kita .... dah tak selera nak makan.


Info baru dari Salahuddin utk Saufie. Saya tumpang dengar je.



Check betul2 Tuan Malik....takut ada yang tertinggal


Belum sampai Mekah dah bertambah seri airmuka Hj Saadon.


Antara jemaah yang menjadi tetamu Allah.


Jemaah bergambar ramai di surau. Dari surau ke KLIA pada pukul 11.30 AM.


Senior citizen in deep discussion.


Antara yang turut hadir.


Gambar Muslimat


Tuan Pengerusi SAM & jemaah

href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCaMpKkWqhq9WzTMzq7QPABFkNChKvfeh7RbFnfPZgvxGWiTMClLFmb77noa6oYiTQXiE425rH58wIsEaV_k7ClYip_aN7iBH6xHKt13b3E4MKgitmH18hkY87PEHDSzUTZ3ECLoMFr14/s1600/hj+rahman.jpg">
All from one family.


'Saya cadang kita buat macam ni masa kat Mekah nanti'. Mungkin itu kata Datuk Abdullah kepada Haji Fauzi.


Apa agaknya yang di bualkan Abang Long ni dgn Assagaf?. Tak dapek den nak agak.

March 02, 2011

Kalimah Basmallah: بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ


"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang".
Baru2 ni saya berpeluang menghadiri satu kuliah yang di sampaikan oleh Ustaz Sabri Muhammad, seorang pensyarah dari UKM. Antara lain beliau mengupas maksud kalimah tersebutdi atas...kalimah Basmallah.
Saya buat research sedikit lagi untuk menambah pemahaman. Inilah yang saya dapat, saya faham dan ingin saya kongsikan.
Memulai sesuatu pekerjaan dengan membaca kalimah Basmallah adalah sunnah Rasulullah SAW dan amatlah dituntut.
Terdapat 114 kali kalimah Basmallah disebut dalam AlQuran. Kesemua surah AlQuran bermula dengan kalimah Basmallah kecuali surah AT Taubah. Surah tsbt tidak dimulai dgn Basmallah kerana kehendak bertaubat adalah kemahuan manusia dan selayaknyalah bermula dari mereka itu sendiri. Walhal, Al Quran pula adalah bicara kehendak/kemahuan Allah SWT. Riwayat lain mengatakan bahawa ayat2 surah At Taubah adalah arahan Allah untuk memerangi orang2 Musrikin tanpa belas kasihan.Ini berlawanan dengan makna Basmalah yang menyatakan Pemurah lagi Penyayang.

. Ar-Rahman الرَّحْمَنِ (Yang Maha Pemurah)
1.Allah SWT adalah Maha Pemurah terhadap hamba2Nya, mengurniakan balasan kepada usaha yang mereka buat melebihi apa yang layak bagi mereka dengan kemurahanNya. KurniaNya ini adalah kepada semua...insan yang Islam dan yang bukan Islam. Dia memberi hukuman kerana dosa-dosa mereka disebabkan keadilan-Nya, dan mengampuni mereka kerana doa dan taubat disebabkan kemurahanNya.

2.Rahmat Allah yang sangat banyak bagi semua makhluk. Sesuai dengan rahmat Allah itu, maka hendaklah kita menaruh rasa belas serta pemurah kepada sesama makhluk.Bagaimana kita akan mengharapkan rahmat Allah, apabila kita tidak menaruh rasa pemurah kepada sesama hamba Allah?"

. Ar-Rahim الرَّحَيْمِ (Yang Maha Penyayang)
Namun begitu, Allah mengurniakan kasihNya khas hanya untuk orang-orang Muslim yang beriman. Makan dan minum serta nikmat kekayaan dunia adalah rahmatnya sebagai Yang Pemurah untuk hambaNya secara umum, sedangkan nikmat beribadat dan ketetapan Iman dan Islam adalah ganjaran khusus kaseh/sayang Allah SWT.
Kita berdoa untuk panjang umur ,murah rezeki dan ketetapan iman dari kemurahan Allah SWT dan berdoa menaruh harapan akan kasih/sayang Allah pada hari akhirat kelak.
Firman Allah: Al Quran 20:82

“Sesungguhnya Aku amat pengampun bagi orang yang taubat dan beriman serta mengerjakan yang baik, kemudian ia mendapat petunjuk” (Qur’an 20:82).

Lain kali dan pada setiap kali bila kita membaca kalimah بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ maka ingatlah maksud yang tersirat dalam Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Sedarkanlah diri apa yang kita mungkin tlh ada hanyalah rahmat PemurahNya الرَّحْمَنِ. Syukur Alhamdulillah. Namun, Kita masih perlu berusaha mendapatkan rahmat PenyayangNya الرَّحَيْمِ .

Ingatlah juga bahawa Allah menjawab dengan “HambaKu telah menyanjungKu.” setiapkali kita menyebut kalimah Basmallah.

Pergolakan di dunia Islam hari ini seperti memperlihatkan ramainya manusia termasuk golongan Pemimpin yang di berikan kemewahan rezeki dunia yang melimpah ruah tapi aksi mereka tidak mengambarkan mereka berusaha untuk mendapat kaseh/sayang Allah.

Wallahu Aklam. Semoga kita semua mendapat rahmatNya dunia dan akhirat.

Sekadar berkongsi. Apa yang saya tulis adalah dari pemahaman saya dan saya memohon maaf kepada semua pembaca atas kekurangan dan kesilapan.Kepada Allah SWT saya beristigfar.