January 16, 2010

Kuliah Mingguan 3/2010

Minggu Ke3 Bulan Januari 2010/1431H. Tertakluk kepada pindaan

1. Pada 16/1, hari Sabtu selepas solat Suboh Perjalanan Rabbani dipimpin oleh Prof Dr Musa
Selepas Maghrib 'Perbandingan Agama Di sampaikan oleh Utz Rashidy dari Jakim

2. Pada 17/1, hari Ahad slps solat Subuh kuliah umum dipimpin oleh Utz Jazlan.
- Selepas Maghrib Talaqi Al Quran di pimpin oleh Utz Syukri

3, Pada 18/1, hari Isnin slps solat Maghrib Penawar Bagi Hati oleh Utz Zamihan

4. Pada 19/1, hari Selasa selepas solat Maghrib Fiqh Imam Shafie oleh Utz Nasharudin.

5. Pada 20/1,hari Rabu -selepas Solat Maghrib Sirah Nabawi Utz Zamri Zainal Abidin

6. Pada 21/1, hari Khamis selepas solat Maghrib Bacaan Yassin/Tahlil/Doa Berjamaah

January 15, 2010

Moh kita gi i memancing kat One Fathom Bank (Permatang Sedepa) !!

Biro Rekreasi Surau Al Madaniah merancang untuk pergi memancing di Rumah Api One Fathom Bank pada 2-4 April 2010 (tentative dates). Rumah Api tersebut berada lebih kurang 40 batu nautica dari jeti pelabuhan kelang dan mengambil masa 1.5 jam perjalanan dengan bot laju.

Rumah Api ini mempunyai 147 tahun sejarah dan telah di bena dan di baik pulih beberapa kali. Untuk keterangan lanjut sila layari:

http://en.wikipedia.org/wiki/One_Fathom_Bank_Lighthouse

Untuk melihat gambar gambar pengalaman pemancing amatur sila layari:

http://www.myklang.com/forum/the-trip-to-one-fathom-bank-t-874-39.html
( Banyak gambar ada di sini . lihat page 37-41 untuk pemandangan waktu senja dan pagi waktu fajar dan terbit matahari)

Selain dari memancing, aktiviti yang di rancang adalah BBQ dan ceramah Subuh dan Maghrib. Kita bercadang nak bawa seorang Uztaz tenaga pengajar Surau Al Madaniah untuk turut serta. Lihat pemandangan indah semasa matahari berlabuh di waku senja dan terbit sesudah fajar. Kos setiap peserta adalah dalam lingkongan RM 190 (speed boat, penginapan dan makan/minum). Tempat adalah terhad kepada 24 peserta.

Sila berhubung dengan Sdr Saufie 019-2395899 atau Sdr Nur Rashidi 019-6523405

Mari solat gerhana matahari

WAHAI manusia! Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua bukti di antara sekian banyak bukti kebesaran Allah SWT. Dan keduanya tidak gerhana sebab kematian seorang manusia, oleh itu apabila kamu melihat gerhana itu, hendaklah kamu sembahyang sehingga cuaca menjadi terang kembali". (riwayat Muslim)

Demikianlah seruan ibadat dari baginda Rasulullah setiap kali apabila alam diselubungi fenomena gerhana, sama ada gerhana matahari mahupun bulan.Gerhana merupakan satu kejadian astronomi apabila kedudukan bulan atau matahari bertentangan antara satu sama lain dengan bumi menyebabkan ada bayang terkena pada permukaan bumi.

Ia satu fenomena alam yang sama sekali tidak ada kaitan atau menjadi petanda dengan sebarang kejadian lebih-lebih lagi yang buruk.

sumber : utusanonline


Surau Al Madaniah akan mengadakan Solat Sunat Gerhana pada hari ini Jumaat 15 Januari jam 3.45 petang. Muslimin dan muslimat di galak hadir

KELAB TADARUS ALMADANIAH (KTM)

Setiap subuh kecuali pagi Sabtu dan Ahad sekumpulan kecil jamaah membaca AlQuran secara tadarus. Pada Suboh Jumaat selepas solat bacaan surah Al Kahfi secara bersama di laksanakan. Penyelarasan aktiviti Tadarus dan program lain kemudian nya di mantapkan dengan penubuhan Kelab Tadarus Al Madaniah (KTM) lebihkurang 5 tahun yang lepas.

Buat masa ini KTM mempunyai 13 orang ahli. Keahlian adalah terbuka dan KTM mempelawa lebih ramai ahli kariah untuk turut serta. Jemputan untuk turut menyertai bacaan tadarus bila ada kelapangan adalah terbuka kepada semua, tak kira samada ahli KTM atau tidak.

Pada tahun lepas (2009) , KTM telah mengadakan satu siri pengajian Tajwid Al Quran mingguan selama 6 bulan di pimpin oleh Ustaz Azian Imam Masjid Al Falah. Pengajian tersebut banyak membantu ahli KTM untuk membaiki bacaan Al Quran. Ada kemungkinan program yang sama dan program lanjutan akan di adakan tahun ini, InsyaAllah.

Sebarang pertanyaan mengenai KTM boleh lah di ajukan kepada Sdr Mokhtar 019-2297428

January 11, 2010

Minyak wangi

Ada sebuah meja bulat ukiran kayu di sebelah kanan pintu masuk utama surau. Meja kayu tu datang sekali dengan dulang hiasan di atasnya. Kecil tapi cantik dan dah ada di situ sejak tiga hari yang lepas. Penyumbang yang tak mahu di kenali telah menyumbang meja kecil ini berserta dengan enam botol minyak wangi tanpa alkohol.

Gunakanlah minyak wangi tersebut sebelum solat...mungkin itulah harapan hamba Allah yang mewakafkan meja dan minyak wangi tersebut. Gunakan sebagai harta surau... ia untuk semua orang dan bukan untuk di bawa pulang

January 10, 2010

GAMBAR DOLU

Kadang-kadang seronok juga tengok gambar lama.

Ini adalah gambar-gambar semasa sambutan Maulidur Rasul 1430H/2009.

SILA KLIK DI SINI

Gambar-gambar tersebut adalah dari web PPIUSJ 16-27 : http://sites.google.com/site/ppiusj1627/

January 07, 2010

Blog yang saya ikut

Hari ni saya pautkan dua blog yang saya selalu ikut:

1. Budak Senaling: Blog ni dah lama dan padat dengan pelbagai posting. Blogger ni adalah kawan saya. Saya suka Thought Of The Day yang dia tukar setiap hari. Kami ada satu persamaan.... suka main golf. Kelik disini untuk membaca blog tersebut


2. Blog Persatuan Penduduk Islam USJ 16-27. Blog ini pun dah ada sejak 2007. Pelbagai kegiatan Persatuan ada disini.

Paparannya saya tempatkan di sebelah kanan posting ini. Selepas seminggu saya akan pindahkan di bawah 'Jumlah Lawatan'. Semoga ada manafaat bila Tuan/Puan melawat dua blog ini.

Kuliah Mingguan 2/2010

Minggu Kedua Bulan Januari 2010/1431H. Tertakluk kepada pindaan

1. Pada 8/1, hari Jumaat selepas solat Maghrib Kitab Musolli dipimpin oleh Utz Suhaimi

2. Pada 9/1, hari Sabtu selepas solat Subuh Tafsir Al Munir dipimpin oleh Utz Rusdi.
- Selepas Maghrib Talaqi Al Quran di pimpin oleh Utz Syukri

3. Pada 10/1, hari Ahad selepas solat Suboh Siri Perubatan Islam oleh Utz Hazrizal.
-Selepas Maghrib Fiqh Muammalat Oleh Utz Wan Mohd Nasir

4. Pada 11/1,hari Isnin -selepas Solat Maghrib Kuliah Umum oleh Utz Jazlan. Ditangguh kerana Utz Jazlan tidak Sehat. Kuliah oleh Imam Utz Suhaimi .

5. Pada 12/1, hari Selasa selepas solat Maghrib Asas-asas Akidah oleh Utz Dahim

6. Pada 13/1, hari Rabu selepas solat Maghrib Pengajian Hadith 40 oleh Utz Salleh Saad

7. Pada 14/1, hari Khamis malam Jumaat. Bacaan Yassin dan Tahlil Berjamaah

January 06, 2010

Info Ringkas 2/2010 ---Tempat Letak Kereta

Mulai pada bulan Ramadan 1430H, Surau Al Madaniah telah mempunyai tempat letak kereta yang lebih luas. Sila ambil manafaat dengan menggunakan tempat letak kereta ini terutama pada semasa Solat Jumaat.

Pada setiap waktu Solat Jumaat pihak Surau ada menyediakan seorang Jaga (Guard) di kawasan letak kereta ini untuk mengelak kejadian pecah kereta. Syukur Alhamdullillah, tiada kejadian seumpama itu dilapurkan semenjak inisiatif ini di buat.

January 02, 2010

Info Ringkas 1/2010- Kuliah subuh.

Seramai 47 muslimin dan 7 orang muslimat menghadiri kuliah subuh kelas pertama pengajian Kitab tafsir Al Munir karangan Dr Wahhab al- Zuhaily pagi ini. Menurut Utz Rusdi yang memimpin pengajian, tafsir Al Munir adalah tafsir terbaik waktu ini kerana ia menggabungkan usaha dari ramai ahli tafsir semasa.

Sarapan pagi nasi lemak USJ 13 dan teh tarek Madaniah telah di sediakan ehsan tajaan Kelab Tadarus Al Madaniah (KTM). Terimakasih

Nota : Saya suka cara Utz Rusdi ni...dia selalu mula dengan penerangan tentang beberapa istilah yang selalu kita salah guna kerana salah pengertian

January 01, 2010

Sejarah Surau Almadaniah

Sejarah Pembinaan Surau Almadaniah bermula dengan satu perbincangan dikalangan beberapa orang ahli kariah pada 3hb, Jun 1999. Hasil dari perbincangan tersebut terbentuklah sebuah Jawatankuasa Sementara yang dipengerusikan oleh Tuan Hj Mohd Rashad Shamsuddin dengan dibantu oleh En. Murad Abd. Ghani (Setiausaha), En. Azmi Mohd Salleh (Bendahari), En. Azlin Ghazali (AJK), En. Alasserim Jasmin Abdul Jalil (AJK) dan En. Azhar Sidek (AJK).

Bermula dari sini beberapa sessi mesyuarat dan perjumpaan dengan Pejabat Daerah Petaling, Jabatan Agama Islam Selangor, Pejabat Agama Islam Daerah Petaling telah diadakan bagi menguruskan perkara-perkara berhubung pembinaan sebuah masjid di atas tapak yang telah di gezetkan.

Pada 5hb. November 2000, satu Jawatan Kuasa Pembinaan Masjid Kariah USJ 16 – USJ 27 telah ditubuhkan dengan dipengerusikan oleh Tn. Hj. Rashad Shamsuddin dan dibantu oleh Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Pen. Setiausaha, Bendahari dan Lapan orang AJK.

Pihak JAIS telah memberi persetujuan dan kelulusan diatas keahlian Jawatankuasa tersebut. Kutipan derma Tabung Pembinaan Masjid dari ahli kariah dan orang ramai dimulakan pada bulan Julai 2001. Bagi melicinkan urusan pembinaan surau ini, pada 3hb. April 2002, satu Jawatankuasa Lembaga Pengurusan Projek telah ditubuhkan dengan dipengerusikan oleh Tn Haji Rashad Shamsuddin dengan dibantu oleh seorang Setiausaha dan sebelas orang Ahli Lembaga bagi memantau perlaksanaan projek masjid.

Memandangkan masalah kewangan yang dihadapi, dan bagi memastikan tapak yang direzabkan untuk masjid tidak terlepas ke tangan orang lain, adalah dipersetujui sebuah surau dibina terlebih dahulu di atas tapak berkenaan. Pembinaan surau AlMadaniah telah dimulakan pada 6hb. November 2002 oleh kontraktor NIL Construction Sdn. Bhd.

Tetapi pada bulan Jun 2003, NIL Construction Sdn. Bhd. telah menarik diri dan kerja penyiapan telah diambil alih oleh Baroh Resources yang merupakan Sub-Kontraktor kepada NIL Construction Sdn Bhd. Kerja pembinaan siap sepenuhnya pada bulan September 2003. Kos keseluruhan pembinaan surau Al-Madaniah ini ialah RM 345,057.11.

Sumber : http://almadaniah.weebly.com/

Nota : Setelah siap bangunan asal surau seperti artikel di atas pihak surau kemudianya telah membuat dua kerja tambahan bagi menambah ruang solat . Akhirnya ia siap seperti yang kita gunakan sekarang